Jepun mara ke Final

Jepun mara ke Final

EDMONTON, 2 Julai (Reuters) – Jaringan sendiri pada lewat masa permainan oleh pertahanan England, Laura Bassett membolehkan juara bertahan, Jepun melangkah ke final Piala Dunia Wanita selepas mencatat kemenangan 2-1, awal pagi tadi.

Kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada separuh masa pertama apabila kapten Jepun, Aya Miyama memulakan tirai jaringan menerusi penalti pada minit ke-33.

Namun England kembali menyengat apabila Fara Williams menyamakan kedudukan lima minit sebelum masa pertama tamat juga menerusi penalti.

Namun dua dua minit masa kecederaan, Bassett menggegarkan gawang sendiri sekali gus mengakhiri saingan England sekadar peringkat separuh akhir.

Jepun akan bertemu Amerika Syarikat di final Ahad ini.

Pasukan Jepun meraikan kemenangan mereka apabila berjaya menewaskan England 2-1. – AFP
Pasukan Jepun meraikan kemenangan mereka apabila berjaya menewaskan England 2-1. – AFP

Sementara itu, penyokong bola sepak Jepun bersorak dengan penuh kegembiraan hari ini selepas pasukan bola sepak wanita mereka berjaya mara ke peringkat akhir piala dunia wanita setelah menewaskan England dengan jaringan 2-1.

Kumpulan yang dikenali sebagai ‘Nadeshiko’ di Jepun itu, akan berdepan dengan Amerika Syarikat (AS) untuk meraih gelaran juara di Vancouver hari Ahad, yang merupakan satu perlawanan semula peringkat akhir 2011 di Frankfurt di mana Jepun menang dengan tendangan penalti untuk menjadi juara piala dunia dari Asia yang pertama.

Kemenangan itu membawakan kegembiraan yang sangat bermakna buat negara yang dilanda bencana gempa dan tsunami pada empat bulan sebelumnya.

Hari ini, para penyokong seluruh Jepun bersorak dalam kemenangan apabila jaringan gol sendiri dari pemain pertahanan England Laura Bassett di minit kecederaan memberikan kemenangan buat Jepun.

“Angin suci telah memihak kepada Jepun,” kata Noriko Kimura, 35, yang merupakan salah seorang daripada kumpulan 200 penyokong tegar yang berhimpun di tontonan awam di Tokyo.

“Ia merupakan satu kegembiraan kami menang dengan gol sebegini di minit terakhir,” kata Yui Okamoto.

Ketua Setiausaha Kabinet Jepun Yoshihide Suga juga memuji kemenangan tersebut, memberitahu sidang media berita paginya bahawa dia akan menyokong pasukan tersebut apabila mereka berdepan AS pada 5 Julai nanti.

ARTIKEL YANG SAMA