Jepun memperingati pengeboman Hiroshima

Jepun memperingati pengeboman Hiroshima

HIROSHIMA, Jepun, 6 Ogos – Berpuluh-puluh ribu berhimpun di Hiroshima hari ini untuk memperingati 70 tahun sejak bom atom pertama digugurkan, dengan pendapat masih tidak sepakat tentang sama ada pemusnahannya yang membawa maut itu adalah berasas.

Loceng dibunyikan ketika orang ramai yang berwajah muram bertafakur pada pukul 8:15 waktu tempatan, apabila ledakan merubah bandar sibuk menjadi api kebakaran membunuh beribu-ribu orang serta-merta dan mengakibatkan yang lain mengalami cedera parah dan mati perlahan-lahan.

Kanak-kanak dan mangsa-mangsa yang terselamat dan kini sudah pun berumur dan para delegasi mewakili 100 buah negeri adalah di antara orang ramai itu yang ramai dari mereka meletakkan bunga di hadapan tugu peringatan Peace Memorial Park, ketika burung-burung merpati dilepaskan ke udara.

Pesawat pengebom Amerika B-29 Enola Gay menggugurkan sebutir bom, digelar “Little Boy” di Hiroshima pada 6 Ogos 1945, dalam salah satu lembaran penamat Perang Dunia II.

Sanak saudara mangsa bom Hiroshima meletakkan kalungan bunga di altar semasa acara memperingati 70 tahun pengeboman Hiroshima di Taman Memorial Keamanan di Hiroshima, 6 Ogos. Berpuluh-puluh ribu berhimpun untuk majlis keamanan di Hiroshima hari ini bagi memperingati ulang tahun itu. – AFP
Sanak saudara mangsa bom Hiroshima meletakkan kalungan bunga di altar semasa acara memperingati 70 tahun pengeboman Hiroshima di Taman Memorial Keamanan di Hiroshima, 6 Ogos. Berpuluh-puluh ribu berhimpun untuk majlis keamanan di Hiroshima hari ini bagi memperingati ulang tahun itu. – AFP

Hampir segala-galanya yang di sekeliling dibakar oleh bahang panas yang kepanasannya sehingga 4,000 darjah selsius – cukup panas untuk mencairkan besi. “Sebagai satu-satunya negara yang pernah diserang oleh bom atom, kami mempunyai misi untuk mewujudkan dunia tanpa senjata nuklear,” Perdana Menteri Shinzo Abe memberitahu orang ramai.

“Kita mempunyai tugas untuk menyampaikan tentang kekejaman senjata nuklear, kepada seluruh generasi dan sempadan.”

Jepun merancang mengemukakan resolusi baru untuk memansuhkan senjata nuklear, pada perhimpunan agung PBB lewat tahun ini, menurutnya.

Setiausaha Negara AS John Kerry, pada mesyuarat diplomatik serantau di Malaysia, menyifatkan pengeboman itu sebagai ‘peringatan paling keras’ tentang impak peperangan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA