Jepun mungkin beri pesawat kepada Filipina

Jepun mungkin beri pesawat kepada Filipina

TOKYO, 6 Ogos – Jepun mahu memberikan kapal terbang kepada Filipina yang mungkin digunakan oleh Manila untuk rondaan di Laut China Selatan, kata sumber, satu tindakan yang mungkin memperkukuh hubungan keselamatan Tokyo dengan negara Asia Tenggara yang bertengkar dengan Beijing mengenai jalan air yang dipertikaikan itu.

Empat sumber yang tahu mengenai perkara tersebut memberitahu Reuters bahawa Jepun sedang menimbang untuk menawarkan tiga kapal terbang Beechcraft TC-90 King Air yang boleh dipasang dengan radar pengawasan permukaan dan udara.

Mereka berkata rundingan dengan kerajaan Jepun adalah bersifat awal dan diperlukan untuk mengatasi halangan undang-undang. Jepun masih belum mencadangkan secara formal untuk menjadikan kapal terbang sebagai satu alternatif kepada pesawat udara yang lebih canggih Lockheed Martin P3-C yang ingin digunakan oleh Manila untuk menjejaki aktiviti kapal selam China, tambah mereka.

Pegawai kanan tentera dan pertahanan Filipina di Manila berkata mereka belum mendengar mengenai sumbangan pesawat udara TC-90, yang digunakan oleh Jepun untuk melatih juruterbang tentera.

Pesawat latihan TC-90 Angkatan Pertahanan Diri Martim Jepun kelihatan dalam gambar tidak bertarikh dikeluarkan angkatan itu dan diperolehi Reuters kelmarin. Jepun mahu memberikan pesawat itu kepada Filipina untuk kegunaan kawalan di Laut China Selatan, kata sumber, satu langkah yang boleh mengeratkan lagi hubungan Jepun dengan negara Asia Tenggara yang paling berbalah dengan Beijing atas pertikaian laluan airnya. – Reuters

“Filipina tidak mempunyai pesawat udara yang mencukupi untuk menjalankan rondaan tetap di Laut China Selatan,” kata salah satu sumber, enggan dikenalpasti disebabkan beliau tidak dibenarkan bercakap kepada media.

Menyumbang pesawat udara, walaupun kapal terbang kecil, akan melambangkan peningkatan tentera untuk Filipina, yang hanya mempunyai beberapa kapal terbang yang boleh digunakan untuk rondaan laut.

Tokyo tidak mempunyai tuntutan di Laut China Selatan, namun berasa bimbang mengenai pembinaan tujuh pulau tiruan di gugusan kepulauan Spratly oleh Beijing, yang akan melanjutkan kekuatan tentera China di laluan laut di mana kebanyakan perniagaan bawaan laut Jepun melaluinya. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA