Jepun pamer kapal selam paling moden

Jepun pamer kapal selam paling moden

SYDNEY, 11 Mac (Reuters) – Kapal selam serangan paling moden Jepun akan mengambil bahagian dalam latihan tentera bersama dengan Australia pada bulan depan, kata Kementerian Pertahanannya, dalam apa yang dilihat oleh penganalisis sebagai satu usaha mendapatkan kontrak pertahanan bernilai A$50 bilion.

Perlumbaan untuk membina armada kapal selam Australia akan datang telah terbatas kepada kontraktor tentera laut yang dikawal kerajaan Perancis DCNS, dan Mitsubishi Heavy Industries dan Kawasaki Heavy Industries di Jepun, dianggap satu kelainan produk Soryu mereka.

Kapal selam Soryu dan dua friget tentera akan menjalankan latihan dengan Tentera Laut Australia di laut sekitar Sydney, kata Kementerian Pertahanan Jepun dalam satu notis semalam, sebelum mereka pulang pada 26 April, ekoran kunjungan 11 hari.

Jabatan pertahanan Australia menegsahkan latihan berkenaan, tetapi enggan berkata kapal yang mana satu yang akan mengambil bahagian. Soryu seberat 4,000 tan itu akan berdepan dengan versi diesel-elektrik kapal selam Perancis Barracuda seberat 5,000 tan.

Usaha melobi Jepun disusuli oleh lawatan pada minggu lalu oleh Menteri Pertahanan Perancis Jean-Yves Le Drian ke Adelaide, tempat tinggal industri pembinaan kapal Australia.

“Dengan membawa Soryu, ia menunjukkan jenis kapal selam dan seterusnya memberikan tentera laut Australia peluang untuk berlatih dengannya, termasuk peluang untuk menilainya dengan kapal selam kelas Collins sekarang,” kata Euan Graham, pengarah program keselamatan antarabangsa di Institut Lowy.

Perancis mungkin mengemukakan tawarannya untuk membina armada kapal selam baru apabila kumpulan perniagaan terbesarnya, Mouvement des Entreprises de France, melawat ibu negara Australia pada minggu depan. ThyssenKrupp Marine Systems di Jerman telah hilang pengaruh disebabkan isu teknikal, kata beberapa sumber pada tahun ini.

Armada 12 kapal selam baru Australia membentuk komponen utama pelan pertahanannya. Pada bulan lalu, Australia mengumumkan rancangan untuk merangsang perbelanjaan pertahanannya sebanyak hampir A$30 bilion dalam tempoh satu dekad akan datang, tatkala ia merancang untuk melindungi kepentingan strategik dan perniagaannya di rantau Asia Pasifik.

ARTIKEL YANG SAMA