Jepun pamer kekuatan tentera laut

Jepun pamer kekuatan tentera laut

TOKYO, 18 Okt – Satu armada terdiri daripada kapal pengangkut, kapal perang, pemusnah dan kapal selam berkumpul di luar pantai Jepun hari ini dalam memaparkan kuasa tentera laut dengan pertunjukan kapal perang terbaru Tokyo sekali gus menandakan penglibatan meluas Tentera Amerika Syarikat (AS) di barat Pasifik.

Pemeriksaan Barisan Armada di laut berhampiran Tokyo itu adalah pameran besar pertama perkakasan tentera Jepun sejak Perdana Menteri Shinzo Abe memenangi persetujuan penggubal undang-undang bagi perundangan buat pertama kali sejak Perang Dunia Kedua yang akan membenarkan tentera Jepun untuk mempertahankan sekutu-sekutu luar negeri mereka.

Abe sedang menjalankan doktrin pertahanan diri bersama dengan sekutu-sekutu yang bermaksud untuk menyediakan negaranya peranan besar dalam keselamatan serantau untuk mengimbang balas kuasa ketenteraan ke atas China yang bersifat pendesak.

Jirannya China, yang mempunyai hubungan tegang dengan beberapa buah negara-negara Asia Tenggara berhubung tuntutan wilayah di perairan Laut China Selatan, telah mengatakan ia sangat berwaspada dengan kedudukan perubahan tentera Jepun.

Maritime Self-Defense Force (MSDF) Jepun mengiringi kapal Kurama (kiri) yang ikut serta dalam pertun-jukan armada luar Teluk Sagami, wilayah Kanagawa, pada 18 Oktober. - AFP
Maritime Self-Defense Force (MSDF) Jepun mengiringi kapal Kurama (kiri) yang ikut serta dalam pertun-jukan armada luar Teluk Sagami, wilayah Kanagawa, pada 18 Oktober. – AFP

Abe yang memberi ucapan selepas pameran maritim memberitahu para kelasi untuk mempersiapkan diri mereka bagi misi masa depan dan ‘terus mengawal keamanan negara’.

Menyertai tentera Jepun adalah kapal-kapal dari India, Korea Selatan, Australia, Perancis dan Amerika Syarikat, termasuk kapal pengangkut berpangkalan di Jepun, USS Ronald Reagan 333 meter panjang. Kesemuanya sebanyak 50 buah kapal dan 61 pesawat udara menyertai pertunjukan itu, yang diadakan setiap tiga tahun.

Yang menjadi tumpuan dalam barisan tentera laut Jepun itu adalah pengangkut helikopter Izumo, kapal perang terbesar Jepun sejak Perang Dunia Kedua.

Kapal mendatar sepanjang 248 meter, yang digunakan pada Mei, adalah contoh ketara tentang bagaimana Jepun memperluaskan keupayaan tenteranya untuk beroperasi di seberang laut.

Dalam acara itu, peranan meningkat tentera laut Jepun di Asia akan ditemani oleh penglibatan meluas armada AS di rantau itu dengan Tentera AS telah menghantar komander Armada Ketiga Timur Pasifik, Naib Laksamana Nora Tyson untuk menyertai Abe dalam kapalnya. – Reuters