Jepun perintah tutup dua reaktor nuklear

Jepun perintah tutup dua reaktor nuklear

TOKYO, 9 Mac (AFP) – Mahkamah Jepun hari ini mengarahkan penutupan dua reaktor nuklear yang sebelum ini diisytiharkan selamat di bawah peraturan pos keselamatan Fukushima yang ketat, keputusan yang dibuat dalam beberapa hari menjelang ulang tahun kelima bencana atom.

Perintah itu akan membawa kepada penutupan operasi reaktor di Jepun yang kedua. Puluhan telah ditutup berikutan kejadian Fukushima, iaitu kemalangan nuklear yang terburuk dalam abad itu.

Keputusan pertama dibuat oleh Mahkamah Daerah Otsu adalah memaksa penutupan reaktor yang dihidupkan yang telah termaktub dalam peraturan-peraturan keselamatan yang lebih ketat, diguna pakai selepas bencana 2011. Ianya adalah satu tamparan kepada usaha Perdana Menteri Shinzo Abe untuk membawa kembali tenaga nuklear itu.

Reaktor yang akan ditutup itu adalah reaktor Kansai Electric Nombor 3 dan Nombor 4 di loji nuklear Takahama, kira-kira 350 kilometer (215 batu) barat Tokyo.

Reaktor Nombor 4 diarah tutup bulan lalu akibat masalah teknikal selepas ia dimulakan semula, manakala reaktor Nombor 3 kini masih beroperasi.

Kansai Electric berkata ia akan menghormati keputusan yang ‘amat dikesali’ itu dan menutup operasi tersebut. Tetapi syarikat itu berkata mereka akan merayu.

“Ini perintah mahkamah dan ini bukanlah suatu syarikat itu boleh terima,” katanya dalam satu kenyataan.

Rakaman televisyen menunjukkan plaintif dan penduduk tempatan bersorak dan memegang sepanduk selepas perintah itu dikeluarkan.

“Saya amat gembira dan memuji keberanian mahkamah,” kata salah seorang yang meraikannya di luar mahkamah.

ARTIKEL YANG SAMA