Jepun: Perjanjian nuklear perlu disegera

Jepun: Perjanjian nuklear perlu disegera

TEHRAN, 12 Okt – Menteri luar negeri Jepun berkata semasa lawatan ke Tehran hari ini, beliau berharap perjanjian nuklear Iran bersama kuasa dunia akan diimplementasikan segera kerana negaranya ingin meraih manfaat daripadanya.

Fumio Kishida, yang ditemani oleh ahli eksekutif perniagaan Jepun, mengatakan majlis kerjasama akan ditubuhkan bersama kerajaan Iran untuk meningkatkan hubungan antara menteri-menteri.

“Kami mahu meraih faedah daripada peluang ini,” katanya semasa sidang akhbar bersama dengan Menteri Luar Negeri Iran, Mohammad Javad Zarif.

“Kami sedang melihat tentang apa yang kami boleh lakukan dengan mengambil kesempatan daripada perjanjian nuklear ini.”

Satu persetujuan kerjasama baru akan mempertingkatkan usaha niaga baru, kata Kishida.

Menteri Luar Negeri Iran, Mohammad Javad Zarif (kanan) dan rakan sejawatannya Jepun, Fumio Kishida, berjabat tangan semasa majlis mengalu-alukan kedatangan delegasi Jepun di bandar Tehran. – AFP
Menteri Luar Negeri Iran, Mohammad Javad Zarif (kanan) dan rakan sejawatannya Jepun, Fumio Kishida, berjabat tangan semasa majlis mengalu-alukan kedatangan delegasi Jepun di bandar Tehran. – AFP

“Oleh itu kami sedang mengharapkan ia akan dihantar secepat mungkin oleh itu ia boleh diluluskan oleh parlimen Iran,” katanya.

Lawatan hari ini adalah yang pertama kali seorang menteri luar Jepun telah ditemani ke Iran oleh delegasi perniagaan sejak revolusi Islam pada 1979, menurut Kishida.

Dalam mesyuarat hari ini, dia dan Zarif akan membincangkan situasi di Syria yang dilanda perang dan keganasan lain di Timur Tengah, tambahnya.

Perjanjian nuklear antara Iran dan enam kuasa dunia (Britain, China, Perancis, Rusia dan Amerika Syarikat tambah Jerman) dipersetujui pada 14 Julai. Pengimplementasiannya dijangka berakhir pada 2015. – AFP