Jepun ‘perlu berhenti minta maaf’

Jepun ‘perlu berhenti minta maaf’

TOKYO, 19 Ogos – Tokyo seharusnya berhenti memohon maaf di atas rekod peperangannya, menurut majoriti pengundi yang ditinjau dalam tinjauan pendapat baru, tetapi mereka lebih berbahagi tentang ucapan memperingati tahun Perang Dunia Kedua yang mengundang kemarahan China dan Korea Selatan.

Sebelum ulang tahun ke-77 berakhirnya Perang Dunia II, Perdana Menteri nasionalis Jepun Shinzo Abe melahirkan rasa amat kesal dengan peperangan itu dan berkata permohonan maaf sebelumnya akan kekal.

Bagaimanapun generasi akan datang seharusnya tidak ‘ditakdirkan’ untuk mengatakan maaf bagi rekod waktu perang Tokyo, tambahnya Jumaat lalu.

Tinjauan pendapat itu disiarkan oleh surat khabar Yomiuri yang laris jualannya, hari ini, mendapati 63 peratus mereka yang ditinjau bersetuju Jepun seharusnya bertahan dari mengatakan maaf pada masa akan datang, manakala 27 peratus berkata ia seharusnya diteruskan.

Bagaimanapun lebih dua pertiga mereka yang ditinjau menyokong ikrar Abe untuk mengekalkan permohonan maaf kebangsaan lalu.

Shinzo Abe ketika berucap memperingati perang dunia II baru-baru ini. - Reuters
Shinzo Abe ketika berucap memperingati perang dunia II baru-baru ini. – Reuters

Kenyataan Abe, cucu kepada menteri kabinet sewaktu peperangan, yang diawasi secara dekat oleh jiran-jiran Jepun membidas dengan mengatakan beliau gagal dengan teratur menebus serangan lalu Tokyo.

Para pengundi berbahagi berhubung ucapan, menurut tinjauan pendapat hujung minggu ke atas 1,761 keluarga Jepun, yang mendapati 48 peratus mempunyai pandangan yang memihak ucapan Abe, berbanding 34 peratus yang tidak menyokong.

Di sebalik kontroversi, sekutu-sekutu termasuklah Amerika Syarikat dan Britain memuji ulasan Abe itu, dan popularitinya yang menurun meningkat, dengan dua mata peratus kepada 45 peratus.

Sejak mengambil alih pucuk pimpinan pada Disember 2012, Abe dikritik kerana hanya secara tidak langsung mengulangi kekesalan perdana menteri sebelumnya berhubung kemaraan imperial Jepun di seluruh Asia dalam abad ke-20.

Dan kemungkinan kritikan terhadap pemimpin konservatif Jepun, maharaja Akihito pada Sabtu lalu berkata beliau merasakan ‘kekesalan yang teramat sangat’ berhubung Perang Dunia II satu konflik yang berlaku di atas nama ayahnya, Hirohito. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA