Jepun pinjamkan AS$400 juta kepada Sri Lanka

Jepun pinjamkan AS$400 juta kepada Sri Lanka

COLOMBO, 29 Mac (AFP) – Jepun telah meminjamkan AS$400 juta kepada Sri Lanka untuk membina sebuah terminal baru di lapangan terbang antarabangsa utama pulau itu yang mengalami kesesakan lalu lintas akibat peningkatan pelancongan, umumnya kelmarin.

Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) mengatakan terminal kedua akan menggandakan kapasiti kepada 15 juta penumpang secara tahunan.

Terminal itu, yang akan dibuka pada 2020, akan menggunakan tenaga solar dan air kitar semula dari loji kumbahan bagi mengepam tandas, menurut JICA dalam satu kenyataan.

“Projek itu akan dibangunkan berdasarkan konsep eko-lapangan terbang dengan teknologi canggih Jepun,” ujar JICA.

Pinjaman itu, dengan 0.1 peratus faedah tahunan, yang akan dibayar balik selama 40 tahun, kata JICA, menambah bahawa persetujuan dengan kerajaan Sri Lanka telah diselesaikan minggu lepas.

Dibina untuk menempatkan pergerakan enam juta penumpang setahun, Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike pada masa ini mempunyai 8.5 juta pengunjung tiba dan berlepas, mengakibatkan kesesakan di bahagian daftar masuk dan tuntutan bagasi pada waktu kemuncak.

ARTIKEL YANG SAMA