Jepun protes kemasukan pesawat Rusia

Jepun protes kemasukan pesawat Rusia

TOKYO, 16 Sept (AFP) – Tokyo telah mengemukakan satu bantahan dengan Moscow selepas sebuah pesawat udara asing, dipercayai dari Rusia, mencabul ruang udaranya, mendorong Tokyo menghantar empat jet pejuang, kata pegawai kerajaan hari ini.

Kementerian luar negeri mengemukakan bantahan tersebut sejurus selepas kapal terbang itu memasuki ruang udara Jepun di luar pantai pulau utama utara Hokkaido, berhampiran rangkaian pulau yang dipertikaikan, pada petang semalam.

“Kami membuat bantahan itu menerusi kedutaan Rusia di Tokyo,” beritahu seorang pegawai kementerian luar kepada AFP.

“Pihak Rusia tidak mengesahkan kes itu, hanya berkata mereka akan periksa.”

Pasukan Pertahanan Diri Udara Jepun menghantar empat buah jet untuk memintas penceroboh, yang dipercayai merupakan pesawat Rusia setelah menganalisis laluannya, kata pegawai kementerian pertahanan.

Jika disahkan, ia akan menjadi kali pertama kapal terbang Rusia telah memasuki ruang udara Jepun sejak Ogos 2013, apabila dua pesawat pengebom strategik Rusia Tu-95 dipintas di luar Pulau Okinoshima, kata kementerian.

Enam belas saat selepas memasuki ruang udara Jepun, kapal terbang itu meninggalkan tempat tersebut menuju ke rangkaian pulau Kuril, dituntut oleh Tokyo tetapi dikawal oleh Rusia, tambah kementerian.

Menteri Luar Fumio Kishida sedang menimbang melawat Moscow pada minggu depan untuk membincang kemungkinan lawatan oleh Presiden Rusia Vladimir Putin ke Tokyo pada akhir tahun ini, lapor akhbar Sankei Shimbun.

ARTIKEL YANG SAMA