Jepun rancang...

Jepun rancang pengganti Maharaja Akhihito

TOKYO, 11 Jan – Jepun merancang bagi Maharaja Akhihito untuk bersara dan digantikan oleh putera sulung baginda pada 1 Januari 2019, menurut laporan hari ini, ketika negara itu mengusahakan rangka kerja sah bagi penurunan takhta pertama dalam tempoh 200 tahun.

Akihito, 83 tahun, pada Ogos lalu telah melahirkan keinginan untuk turun takhta selepas hampir tiga dekad di atas takhta Chrysanthemum, dengan menyebutkan tentang usia lanjut baginda dan juga kesihatan yang melemah.

Surat-surat khabar utama di negara itu – Yomiuri, Asahi, Mainichi dan Nikkei memetik sumber tidak bernama sebagai berkata Putera Mahkota Naruhito, 56 tahun akan menggantikan ayahandanya pada Hari Tahun Baru 2019.

Ketua Setiausaha Kabinet Yoshihide Suga enggan mengulas tentang laporan itu pada sidang media biasanya hari ini. – AFP