Jepun segera bina semula loji nuklear Fukushima

Jepun segera bina semula loji nuklear Fukushima

TOKYO, 12 Jun (Reuters) – Jepun merancang membatalkan arahan pemindahan bagi kebanyakan warga yang dipaksa keluar dari rumah mereka akibat bencana loji nuklear Fukushima dalam tempoh dua tahun sebagai sebahagian pelan memotong bayaran ganti rugi dan mempercepatkan pembinaan semula, kerajaan memberitahu hari ini.

Bagaimanapun kerajaan juga memberitahu, ia akan melambatkan pembuangan bahan berbahaya batang uranium di loji kuasa yang musnah di Fukushima. Ribuan penduduk Fukushima sehingga kini masih tinggal di kediaman sementara lebih empat tahun setelah gempa bumi kuat dan insiden Tsunami, letupan dan pembocoran radiasi di stesen Tepco Fukushima Daichi.

Sebahagian kawasan sudah dibuka tetapi ramai warga enggan kembali kerana kekurangan kemudahan dan tidak mempercayai kerajaan mengatakan ia selamat. Selebihnya menolak untuk kembali ke rumah-rumah dan perniagaan mereka.

“Kampung halaman saya ialah Futaba dan saya pulang dari Tokyo mengimpikan untuk menghidupkan semula satu industri” sebelum ini Fukushima, kata Takahisa Ogawa, 44, seorang penjaga lebah sebelum krisis terjadi.

Gambar fail bertarikh 11 Mac 2015 menunjukkan pemandangan dari udara kawasan loji nuklear Fukushima Daiichi milik Tokyo Electric Power Co. yang musnahk akibta bencana tsunami di wilayah kecil Fukushima. – Reuters