Jepun tawar khidmat penghormatan ‘pandu-lalu’

TOKYO, 13 Sept – Sebuah firma pengebumian Jepun dijangka untuk menawarkan saudara-mara peluang untuk memberikan penghormatan terakhir mereka kepada keluarga yang meninggal dunia tanpa perlu keluar dari kereta-kereta mereka.

Firma itu mendakwa khidmat “pandu lalu” itu adalah yang pertama di Jepun, di mana jumlah tinggi penduduk yang semakin tua bermakna pengebumian boleh dijadikan satu perdagangan.

Golongan tua yang berkabung boleh mendaftar nama-nama mereka pada peranti tablet skrin sentuh dan membuat satu penyembahan tradisional hanya dengan menurunkan jendela kereta, satu proses yang disampaikan pada skrin-skrin di dalam majlis untuk dilihat oleh keluarga si mati.

Inisiatif itu bermatlamat untuk mempercepatkan khidmat-khidmat pengebumian dan juga memberikan saudara-saudara yang lemah peluang untuk menyertai, kata presiden firma itu, Masao Ogiwara.

“Golongan tua mungkin teragak-agak untuk menghadiri majlis pengebumian kerana mereka perlu meminta pertolongan untuk keluar dari kereta,” Ogiwara memberitahu AFP.

Khidmat memberi penghormatan kepada si mati secara pandu lalu bakal digunakan di Jepun bermula Disember tahun ini. – AFP

“Namun kami mahu sebanyak mana orang yang mungkin untuk datang mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakan atau jiran mereka,” katanya.

Ia biasanya mengambil sekurang-kurangnya 15 minit bagi seseorang yang menggunakan kerusi roda untuk memberikan penghormatan terakhirnya ketika satu majlis pengebumian tradisional Jepun.

Ogiwara berkata masa itu dikurangkan kepada hanya beberapa minit oleh perkhidmatan itu yang dijangka akan bermula dari bulan Disember ini.

Dengan purata tinggi dalam jangka hayat, Jepun berada di ambang untuk menjadi negara “ultra berumur” pertama di dunia, bermakna bahawa 28 peratus penduduk berusia 65 tahun atau ke atas.

Laporan kerajaan terbaru menunjukkan 27.3 peratus daripada 127 juta penduduk, satu daripada empat orang berumur 65 tahun atau ke atas dan angka itu dijangka melonjak ke 37.7 peratus dalam tahun 2050. – AFP