Jepun terus jadi pilihan agensi kerajaan

Jepun terus jadi pilihan agensi kerajaan

TOKYO, 22 Jan (Bernama) – Jepun terus menjadi destinasi tumpuan agensi kerajaan seperti Perbadanan Pembangunan Petroleum Johor (JPDC), dalam menjayakan misi pelaburan dan dagangan ke luar negara.

Ketua Pegawai Eksekutif JPDC Mohd Yazid Jaafar berkata terbaharu pihaknya menjadikan negara matahari terbit itu sebagai pilihan untuk mengadakan taklimat pelaburan Kompleks Bersepadu Petroleum Pengerang (PIPC).

Taklimat di sini pada Khamis melibatkan kira-kira 30 syarikat Jepun, termasuk Idemitsu Kosan Co. Ltd, Tonen General Sekiyu KK, ITOCHU, Nippon Ekitan Corporation, Taiyo Oil Co. Ltd dan Japan Chemical Engineering & Machinery Co. Ltd.

ARTIKEL YANG SAMA