Jepun tidak kesan radiasi berikutan ujian nuklear Korea U

Jepun tidak kesan radiasi berikutan ujian nuklear Korea U

TOKYO, 7 Jan – Jepun mengatakan hari ini ia tidak mengesan sebarang perubahan dalam paras radiasi di kawasan wilayahnya, berikutan dakwaan Korea Utara mengenai ujian bom hidrogen yang dilakukan kelmarin.

Kebimbangan di Jepun berhubung adanya potensi radiasi tersebar di seluruh laut dari Korea Utara bila-bila masa ia menjalankan ujian nuklear bawah tanah, walaupun tiada ada yang pernah dikesan di negara itu selepas tiga ujian sebelumnya.

Jepun terutamanya sangat sensitif terhadap ujian nuklear Korea Utara dan peluru berpandu ketika angin bertiup dari semenanjung Korea ke arah Jepun dan roket balistik Pyongyang yang terbang di ruang udara Jepun menuju ke Lautan Pasifik.

“Tidak ada ‘perubahan’ tertentu sejauh ini pada paras radiasi selepas letupan bawah tanah Pyongyang yang mengejutkan, menurut Penguatkuasaan Peraturan Nuklear (NRA) Jepun dalam satu kenyataan.

Ia menambah bahawa ‘tidak ada nukleus radioaktif tiruan’ dikesan daripada sampel air yang dikumpulkan oleh tiga pesawat pasukan udara Jepun yang terbang di atas kepulauan itu kelmarin.

Juga, kira-kira 300 pos pemantauan di seluruh negara itu tidak menunjukkan perubahan dalam paras radiasi antara petang Rabu dan pagi Khamis kira-kira 8 pagi (2300 GMT Rabu) menurut NRA.

Satoshi Yamamoto, pegawai NRA, memberitahu para wartawan lewat Rabu bahawa bahan radioaktif pada dasarnya tidak dijangka akan merebak jika ujian nuklear bawah tanah.

Walau bagaimanapun, pihak berkuasa nuklear sedang memperkukuhkan aktiviti pemantauan mereka ‘untuk mengesahkan paras radiasi masih lagi di tahap normal’ selepas ujian Korea Utara, kata Yamamoto. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA