Jepun tubuh agensi sukan baru

Jepun tubuh agensi sukan baru

TOKYO, 1 Okt (Agensi) – Jepun melancarkan sebuah agensi sukan baru yang akan bertanggungjawab memantapkan lagi prestasi para atlet menjelang Sukan Olimpik 2020.

Agensi Sukan Jepun, dengan sejumlah 121 kakitangan, dilancarkan hari ini oleh Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi.

Daichi Suzuki, yang memenangi kuak lentang 100 meter lelaki pada Sukan Olimpik Seoul 1988, dinamakan sebagai pesuruhjaya pertama agensi berkenaan.

Suzuki, 48, menjadi pengerusi paling muda Persekutuan Renang Jepun pada 2013.

Pada masa ini, beliau adalah eksekutif lembaga pengarah Jawatankuasa Olimpik Jepun.

Agensi itu akan menyediakan dana untuk melantik atlet Jepun bagi Sukan Olimpik dan Paralimpik 2020 dan juga menggalakkan lebih ramai orang membabitkan diri dalam bidang sukan sebagai cara untuk menambahbaikkan kesihatan masyarakat.