Jepun tubuh unit khas kumpul maklumat risikan

Jepun tubuh unit khas kumpul maklumat risikan

TOKYO, 19 Nov (Reuters) – Jepun akan mempercepatkan penubuhan satu unit khas bagi pengumpulan maklumat risikan mengenai serangan-serangan pengganas selepas serangan-serangan maut di Paris, jurucakap kerajaan berkata hari ini.

Setiausaha Ketua Kabinet Yoshihide Suga tidak berkata bila unit itu akan ditubuhkan, namun Nikkei business daily sebelum ini melaporkan unit tersebut boleh dilancarkan seawal bulan Februari dan mempunyai kira-kira 20 kakitangan.

Awal tahun ini, kerajaan Perdana Menteri Shinzo Abe membuat keputusan untuk menubuhkan unit pengumpulan maklumat risikan selepas kumpulan militan Negara Islam (IS), organisasi yang sama mendakwa melakukan serangan-serangan di Paris membunuh tebusan-tebusan Jepun.

ARTIKEL YANG SAMA