Jepun umum pakej perangsang fiskal

Jepun umum pakej perangsang fiskal

TOKYO, 27 Julai – Saham Tokyo berakhir lebih tinggi hari ini selepas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe mengumumkan pakej perangsang fiskal berjumlah 28 trilion yen bertujuan merangsang ekonomi meleset negara.

Abe telah berjanji akan melancarkan langkah baru itu selepas kebimbangan mengenai pengundian Britain untuk keluar daripada Kesatuan Eropah menjejas pasaran kewangan dunia dan mencetuskan satu pemulihan dalam yen, yang tidak baik untuk keuntungan di Japan Inc.

Berita itu keluar tatkala spekulasi tersebar mengatakan Bank Jepun (BoJ) akan melonggarkan dasar mata wang selanjutnya selepas mesyuarat dua hari pada Jumaat.

Di antara langkah yang mungkin diambil, bank pusat mungkin mengembang pelan pembelian aset atau memotong kadar faedah seterusnya dalam julat negatif.

“Pelabur berfikir jika kerajaan akan mengeluarkan perangsang fiskal, maka BoJ akan mengumumkan perangsang mata wang,” beritahu Koichi Kurose, ketua ahli strategi pasaran di Bank Resona, kepada Bloomberg News.

PM Shinzo Abe ketika mengumumkan pakej perangsang bernilai lebih 28 trilion yen, di Fukuoka pada 27 Julai. – AFP
PM Shinzo Abe ketika mengumumkan pakej perangsang bernilai lebih 28 trilion yen, di Fukuoka pada 27 Julai. – AFP

“Kami masih belum tahu tentang butir-butir perbelanjaan fiskal, namun jumlahnya adalah lebih besar berbanding yang dijangkakan oleh pasaran.”

Indeks Nikkei 225 di Tokyo berakhir meningkat 1.72 peratus, atau 281.78 mata, pada 16,664.82, berpulih daripada tiga kerugian berturut-turut. Indeks Topix kesemua saham bahagian pertama bertambah 1.13 peratus, atau 14.73 mata, untuk berakhir pada 1,321.67.

Ekonomi Jepun telah bergelut untuk berpulih dengan beberapa siri bacaan lemah dan keyakinan perniagaan yang merosot memberikan tekanan kepada Tokyo dan bank pusat untuk mempertingkat langkah-langkah perangsang.

Dalam pasaran mata wang, dolar diniagakan pada 105.78 yen, meningkat daripada 105.01 yen pada pagi. Peniaga sedang menunggu mesyuarat dasar Simpanan Persekutuan sendiri, yang berakhir pada hari ini.

Sementara ia tidak dijangka membuat sebarang pengumuman besar, kenyataan selepas mesyuarat akan diteliti untuk mencari petunjuk mengenai dasar ekoran beberapa data kukuh yang telah mencetuskan desas-desus mengenai kenaikan kadar faedah.

Dalam perniagaan saham di Tokyo, Toyota menambah 2.93 peratus kepada 5,866 yen sementara Honda adalah 2.21 peratus lebih tinggi pada 2,863 yen. – AFP