Jepun umum tarikh sidang kemuncak G7

Jepun umum tarikh sidang kemuncak G7

TOKYO, 23 Jun (AFP) – Jepun akan menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak demokrasi industri Kumpulan Tujuh pada 26-27 Mei tahun depan, menurut jurucakap kerajaan tertinggi hari ini.

Soalan berduri sama ada atau tidak Presiden Rusia, Vladimir Putin akan mendapat undangan “adalah belum diputuskan lagi,” kata Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshihide Suga kepada para wartawan.

Krisis di Ukraine itu sepertinya akan menjadi agenda, sementara Jepun berharap untuk mengongsikan kebimbangannya berhubung isu keselamatan Asia, menurut pegawai kementerian luar negeri.

Sidang kemuncak tahun ini di Jerman mengeluarkan kenyataan bersama yang memberi amaran kepada Rusia yang ia akan berdepan sekatan yang dipertingkatkan bagi ‘pencerobohan’ di Ukraine.

Buat kali ketiga, orang kuat Kremlin, Vladimir Putin telah dikecualikan daripada menyertai sidang kemuncak G7 disebabkan oleh ‘pencerobohan di Ukraine’ yang digelar oleh Presiden AS, Barack Obama, ketika kuasa-kuasa tertinggi G7 bersatu menentang Rusia.

Awal bulan ini Tokyo, yang akan menjadi pengerusi G7 tahun depan, mengumumkan mesyuarat yang akan diadakan di tengah wilayah Mie.

ARTIKEL YANG SAMA