Jepun yakin menang – Miyama

Jepun yakin menang – Miyama

VANCOUVER, 8 Jun (AFP) – Kapten pasukan Aya Miyama memberi amaran biarpun berdepan tekanan hebat, Jepun mempunyai kekuatan mental untuk meraih kejayaan dalam mempertahankan gelaran Piala Dunia wanita mereka.

“Kami merasakan banyak tekanan selepas kemenangan Piala Dunia (2011), tetapi kami berusaha,” katanya menjelang perlawanan pembukaan menentang Switzerland di Vancouver, hari ini.

“Sekarang terdapat banyak tekanan dari pasukan lain kerana kami adalah pasukan yang paling di analisa di sini,” jelas pemain berusia 30 tahun itu yang mencatatkan 149 kap.

“Ia adalah perlawanan pertama yang kami saingi sebagai juara bertahan tetapi kami mempunyai semangat yang sama seperti Piala Dunia yang lalu.”

Permukaan padang tiruan yang kontroversi digunakan di atas padang buat kali pertama pada Piala Dunia tidak menjejaskan fokus pasukannya.

“Pemain Jepun mempunyai kebolehsuaian yang tinggi dan tidak terlalu bimbang mengenainya (rumput tiruan). Kami bekerja dengan semangat padu yang sebenar,” katanya.

Miyama berkata, kepulangan Homare Sawa adalah satu peningkatan yang besar. “Tidak ramai pemain yang mempunyai pengalaman, jadi mendapatkannya sebagai rakan sepasukan begitu bermakna bagi kami,” katanya mengenai Sawa, 36, yang meraih 199 kap dan akan mencatatkan rekod kemunculan keenam dalam Piala Dunia.

Jurulatih Norio Sasaki menyuarakan kebimbangan mengenai padang tetapi percaya pemainnya mendapatkan kedudukan yang lebih baik sejak 2011.