Jerayawara bersama BMW, MINI

Jerayawara bersama BMW, MINI

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Sept – QAF Auto Sdn Bhd, buat pertama kalinya, mengadakan jerayawara BMW dan MINI bersama yang berlangsung di Atrium The Mall, Gadong bermula hari ini hingga 2 Oktober.

Antara jenama kereta BMW yang ditampilkan ialah BMW X1, BMW 320i, BMW X4 dan banyak lagi. Manakala MINI pula menampilkan kereta terbaru Mini 5-Door dan Mini Countryman.

Sepanjang jerayawara yang dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam itu, para peminat kereta BMW dan MINI bukan sahaja berpeluang untuk menyaksikan model-model kereta yang ditampilkan malahan mengetahui lebih lanjut mengenai promosi-promosi terkini.

Antara kakitangan BMW Brunei yang menyertai jerayawara tersebut.
Antara kakitangan BMW Brunei yang menyertai jerayawara tersebut.
Barisan kakitangan MINI yang menyertai jerayawara tersebut.
Barisan kakitangan MINI yang menyertai jerayawara tersebut.

Pengurus Besar QAF Auto, Siva Kumar Krishnan dalam kenyataan yang diberikan berkata, selaku pengedar tunggal kereta jenama BMW di Brunei Darussalam, mereka ingin memberikan perkhidmatan yang terbaik di Brunei yang menjadikan pembelian jenama kereta BMW atau MINI begitu bernilai.

Salah satu acara kemuncak yang diadakan sepanjang jerayawara adalah cabutan bertuah di mana salah seorang pelanggan akan dapat memandu balik sebuah kereta BMW dan seorang lagi akan memandu kereta MINI pada hujung minggu.

Cabutan bertuah ini adalah bagi orang ramai yang berkunjung dan mendaftar semasa jerayawara itu.

ARTIKEL YANG SAMA