Jerayawara BMW di Seria

Jerayawara BMW di Seria

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Jun – QAF Auto Sdn Bhd, selaku pengimport tunggal kenderaan jenama BMW di Brunei Darussalam, turut menampilkan model-model BMW dalam jerayawara dan acara uji pandu yang sedang berlangsung di Supa Save Seria, bermula kelmarin hingga 28 Jun.

Menurut kenyataan QAF Auto, tarikan utama jerayawara BMW berkenaan ialah BMW M4 Coupe berwarna metalik Silverstone, yang dikuasakan enjin enam silinder M TwinPower Turbo, 317Kw (431HP) yang mampu memecut daripada 0-100km/h dalam masa 4.1 saat.

Model-model lain yang turut dipamerkan di kawasan letak kereta Supa Save Seria adalah BMW 1 Series, BMW 2 Series Active Tourer, BMW 4 Series Gran Coupe, BMW X3 dan BMW X4.

Sementara itu, promosi hebat juga ditawarkan bagi dua model BMW iaitu 116i dengan M Bodykit dan 316i dengan M Bodykit serta tayar 18 inci.

Sepanjang jerayawara itu, barisan konsultan jualan BMW akan berada di sana untuk membantu orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai model-model yang dipamerkan.

Pengunjung melihat lebih dekat enjin salah satu model BMW yang dipamerkan dalam jerayawara di Supa Save Seria.
Pengunjung melihat lebih dekat enjin salah satu model BMW yang dipamerkan dalam jerayawara di Supa Save Seria.
Barisan kakitangan BMW Brunei yang sedia membantu pengunjung untuk mendapatkan maklumat mengenai model-model kereta BMW yang dipamerkan.
Barisan kakitangan BMW Brunei yang sedia membantu pengunjung untuk mendapatkan maklumat mengenai model-model kereta BMW yang dipamerkan.

Selain daripada itu, pelbagai barang niaga BMW Lifestyle seperti pakaian sukan permotoran BMW dan kereta mainan kanak-kanak yang turut dijual dengan diskaun sehingga 40 peratus.

Orang ramai yang membuat uji pandu BMW juga berpeluang membawa pulang hadiah.

Bagi maklumat lanjut atau menempah uji pandu, orang ramai boleh menghubungi bilik pameran BMW di talian 2453377 sambungan 604/605 ketika waktu pejabat.

ARTIKEL YANG SAMA