Jerayawara CIPTA 2017 di Temburong

Jerayawara CIPTA 2017 di Temburong

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Julai – Pusingan seterusnya siri Jerayawara Pertandingan Anugerah CIPTA Pengiran Muda Mahkota 2017 akan diadakan di Temburong pada 27 Julai ini yang diadakan bermula 9:30 pagi di Lobi Dewan Bumiputera, Bangar.

Matlamat jerayawara ini adalah untuk meningkatkan kesedaran awam terhadap Pertandingan CIPTA 2017 yang sedang berlangsung di daerah itu dan merangsang minat dalam kalangan murid-murid dan peringkat akar umbi untuk turut serta dalam pertandingan itu.

Menurut kenyataan di sini, ketika jerayawara itu nanti, jawatankuasa-jawatankuasa teknikal CIPTA 2017 akan membentangkan mengenai kategori, peraturan, hadiah dan anugerah, tarikh-tarikh penting, proses penghakiman, dan contoh-contoh projek yang dihantar pada pertandingan-pertandingan CIPTA sebelumnya.

Penonton juga berpeluang untuk berinteraksi dengan pihak penganjur di samping melihat pameran mini yang meliputi projek-projek CIPTA sebelumnya.

CIPTA 2017 yang diadakan dua tahun sekali itu merupakan kali ketujuh ia diadakan yang dianjurkan oleh Universiti Teknologi Brunei, dengan kerjasama Brunei LNG Sdn Bhd, yang juga merupakan penaja pertandingan.

Tema bagi CIPTA 2017 ialah ‘Inovasi bagi Ekonomi Mapan’. Tema ini menunjukkan betapa pentingnya menyokong wawasan negara dalam memupuk masyarakat yang inovatif yang akan menghasilkan ekonomi diversiti dan mapan berdasarkan budaya ilmu dan inovasi.

ARTIKEL YANG SAMA