Jerayawara Hab Inovasi Baiduri di The Mall

Jerayawara Hab Inovasi Baiduri di The Mall

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Jun – Bermula hari ini hingga 14 Jun, Bank Baiduri menganjurkan siri jerayawara Hab Inovasi Baiduri di The Mall, Gadong, mengetengahkan pakar-pakar dan konsultan yang memberikan khidmat nasihat penyelesaian terbaik kepada para pengunjung.

Sepanjang jerayawara berkenaan, orang ramai boleh mendapatkan maklumat komprehensif daripada para konsultan dengan mengunjungi hab-hab yang disediakan seperti hab penyelidikan pinjaman, hab eksplorasi kad, hab Smart Executive Advance, hab perancangan kewangan hingga hab inovasi e-Channels.

Hab-hab demonstrasi mini turut disediakan, di mana Baiduri mempamerkan aplikasi Baiduri Deals dan ciri-ciri ‘Tap and go’ Kad Debit Visa PayWave Baiduri.

Di samping itu, para pengunjung akan dihiburkan dengan pelbagai permainan di samping berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik dan menerima hadiah percuma apabila mendaftar bagi produk dan mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan kewangan.

Setiap pendaftaran produk, para pelanggan akan berpeluang untuk memenangi jam tangan Luminox, dan layak mendapat ais krim Dairy Queen percuma di kaunter penebusan jika mereka memiliki kad penebusan disahkan ketika mengunjungi setiap hab kewangan di jerayawara tersebut.

Antara warga Bank Baiduri di Hab Inovasi Baiduri yang berkonsepkan makmal kewangan.
Antara warga Bank Baiduri di Hab Inovasi Baiduri yang berkonsepkan makmal kewangan.
Kad kredit ‘Tap and Go’ yang berfungsi dengan nilai pembelian $100 ke bawah.
Kad kredit ‘Tap and Go’ yang berfungsi dengan nilai pembelian $100 ke bawah.

Minuman slushies pelbagai perisa juga diberikan secara percuma kepada para pelanggan yang mendapatkan konsultasi dengan pakar-pakar semasa jerayawara itu, serta berpeluang untuk memenangi Kad Tunai MasterCard $200 hanya dengan meneka jumlah terdekat guli dalam aktiviti meneka.

Sudut Kanak-kanak (Kids Corner) turut disediakan untuk kemudahan para pengunjung di samping petak bergambar untuk berseronok dan bermain.

Sementara itu, para pelanggan juga layak untuk mendapatkan cabutan segera bagi setiap pendaftaran, dengan hadiah-hadiah terdiri daripada kiub rubiks, tiket wayang, baucar Coffee Bean dan Power banks di kaunter penebusan.

Dengan aplikasi Baiduri Deals para pelanggan akan mendapat diskaun eksklusif sehingga 20 peratus di Essensuals, iTop, KFC, Charles&Keith, Eileen Chan, Best Eastern, Dainty Shoes, Heatwave, Kofom Textiles dan banyak lagi.

ARTIKEL YANG SAMA