Jerayawara hartanah 7-9 Ogos depan

Jerayawara hartanah 7-9 Ogos depan

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Julai – Bruworld Real Estate and Property Management Sdn Bhd bakal mengadakan Jerayawara Hartanah selama tiga hari bermula 7 hingga 9 Ogos di Dewan Mutiara Ballroom, Hotel Radisson Brunei dengan menampilkan syarikat pemaju terkenal Eco World International Markerting Sdn Bhd.

Pengurus Bruworld Real Estate and Property Management Sdn Bhd, Amy Liew, semasa mengumumkan mengenai jerayawara berkenaan pada sidang media di ibu pejabat syarikat berkenaan, kelmarin, memberitahu Eco World International merupakan syarikat awam yang disenaraikan di papan utama Bursa Malaysian Securities Berhad yang terlibat dalam pembangunan hartanah.

“Dengan kerjasama syarikat kami juga, Eco World International Marketing Sdn Bhd kini akan melaksanakan empat lagi projek terbaru iaitu projek West Village, Eco Sky, London City Island dan Embassy Gardens fasa 2.”

Menurut beliau, pegawai dan kakitangan dari Eco World International Markerting Sdn Bhd akan turut serta dalam sama-sama menjayakan jerayawara tersebut di samping memberikan maklumat terkini mengenai perkembangan pembangunan empat projek tersebut.

Amy Liew semasa sidang media mengenai Jerayawara Hartanah yang akan diadakan selama tiga hari bermula 7 Ogos.
Amy Liew semasa sidang media mengenai Jerayawara Hartanah yang akan diadakan selama tiga hari bermula 7 Ogos.

Selain itu, mereka juga akan berpeluang untuk memberikan maklumat bersesuaian kepada pelanggan-pelanggan yang ada di negara ini.

Menjelaskan mengenai projek-projek baru itu, Amy Liew berkata, kesemuanya dalam proses pembinaan, dengan projek West Village dibangunkan di Parramatta Sydney, Australia; Eco Sky di Taman Wahyu, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur; London City Island di Leamouth Peninsula, London; dan Embassy Garden fasa 2 di Central London.

Sehubungan itu, Amy Liew mengalu-alukan orang ramai yang berminat untuk berkunjung ke jerayawara itu nanti, yang akan dibuka dari pukul 10 pagi hingga 7 malam.

ARTIKEL YANG SAMA