Jerayawara jelaskan PSC-Recruitment

Jerayawara jelaskan PSC-Recruitment

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Jun – Sebagai salah satu kempen bagi meningkatkan kesedaran mengenai penggunaan portal rasmi e-Darussalam, khususnya portal permohonan kerja Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) iaitu PSC Recruitment, e-klinik telah diadakan bagi pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan, hari ini.

Klinik yang berlangsung di bangunan baru Kementerian Pendidikan itu telah dihadiri oleh lebih 200 pegawai dan kakitangan kementerian berkenaan, yang mana mereka diperkenalkan mengenai e-Darussalam.

Taklimat dalam klinik berkenaan telah disampaikan oleh Pegawai Eksekutif Bahagian Pengambilan SPA, Awang Mohammad Rouhan bin Haji Hassan, dan sesi soal jawab dikendalikan sama oleh Penolong Setiausaha Bahagian Pengambilan SPA, Hajah Maimunah binti Seruji.

Portal e-Darussalam mengumpulkan maklumat dan menyatukan kesemua perkhidmatan dalam kerajaan, maklumat, statistik, kalendar dan acara-acara yang dijalankan.

Selain itu, ia juga mampu mengakses kesemua perkhidmatan dalam termasuk sistem membaharui lesen memandu, lesen kenderaan, pembayaran bil elektrik, status penggunaan meter elektrik dan aplikasi lesen perniagaan.

Para peserta mencuba akses sistem PSC-Recruitment dengan bantuan ahli kakitangan e-Darussalam.
Para peserta mencuba akses sistem PSC-Recruitment dengan bantuan ahli kakitangan e-Darussalam.
Hajah Maimunah (tengah) dan Mohammad Rouhan (kanan) menyampaikan taklimat mengenai kepentingan penggunaan portal e-darussalam dan PSC Recruitment.
Hajah Maimunah (tengah) dan Mohammad Rouhan (kanan) menyampaikan taklimat mengenai kepentingan penggunaan portal e-darussalam dan PSC Recruitment.

Bengkel ini juga membantu para peserta untuk mengajar cara-cara pendaftaran dan mengaktifkan akaun e-Darussalam, mengimbas dan memuat naik sijil serta dokumen bagi kegunaan sistem PSC Recruitment, dan menyelesaikan masalah yang dihadapi pengguna akaun e-Darussalam dan sistem PSC recruitment.

Dilancarkan pada Februari 2015, sistem PSC Recruitment membolehkan pencari kerja untuk mencari dan memohon jawatan-jawatan kosong yang diiklankan oleh SPA setelah mendaftar dengan akaun e-Darussalam.

Portal e-Darussalam boleh dilayari di alamat www.gov.bn, atau dihubungi melalui talian Darussalam 123 atau menghantar e-mel ke alamat alamat info@123.com.bn.

ARTIKEL YANG SAMA