Jerayawara Kebangsaan Amalan Cara Hidup Sihat

Jerayawara Kebangsaan Amalan Cara Hidup Sihat

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN – Jabatan Pengajian Islam Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan kerjasama Bahagian Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan menganjurkan Jerayawara Kebangsaan Amalan Cara Hidup Sihat bagi Pelajar-Pelajar Sekolah Arab dan Ugama bermula pada 17 Mei hingga 23 Mei 2016.

Jerayawara yang berlangsung di Dewan Serbaguna Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Hafizah Sururul Bolkiah, Berakas berkenaan disempurnakan oleh tetamu khas, Pengarah Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Hajah Rusita binti Haji Yahya,

Menurut Pegawai Perubatan Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan, Dr. Hajah Norol Ehwan binti Abd Hamid, hasil kaji selidik membuktikan bahawa golongan belia mengamalkan cara hidup yang tidak sihat dan menunjukkan peningkatan risiko mereka menghidap penyakit-penyakit tidak berjangkit di usia dewasa jika tidak ditangani awal termasuk penyakit kanser, penyakit jantung, penyakit diabetes, tekanan darah tinggi dan strok.

Ketika acara merasmikan Jerayawara Kebangsaan Amalan Cara Hidup Sihat.
Ketika acara merasmikan Jerayawara Kebangsaan Amalan Cara Hidup Sihat.
Para pelawat pameran makanan dan minuman yang boleh menjadi punca penyakit tidak berjangkit jika tidak dikawal pengambilannya.
Para pelawat pameran makanan dan minuman yang boleh menjadi punca penyakit tidak berjangkit jika tidak dikawal pengambilannya.

Jerayawara berkenaan juga mengongsikan hasil kaji selidik GSHS (Global School Health Survey) 2014 yang dijalankan dalam kalangan pelajar-pelajar yang berumur 13 hingga 17 tahun bagi yang mempunyai kadar berat berlebihan berjumlah 35.1 peratus dan kadar obesiti 17.3 peratus pada awal tahun 2016.

Faktor serta risiko lain bagi penyakit diabetes termasuklah bagi mereka yang mempunyai sejarah diabetes dalam kalangan ahli keluarga terdekat serta amalan cara hidup yang tidak sihat dan tidak mengamalkan pemakanan sihat, jelas beliau.

Tujuan jerayawara berkenaan diadakan adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan tentang cara hidup sihat, menjaga kesihatan sebagai amalan harian dan meningkatkan kesedaran terhadap penyakit-penyakit kronik.

ARTIKEL YANG SAMA