Jerayawara KIA di Times Square

Jerayawara KIA di Times Square

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Mei – Bersempena dengan kempen Jelajah KIA 2015, Grand Motors Sdn Bhd selaku pengedar eksklusif kenderaan jenama Kia di Brunei Darussalam, mengadakan jerayawara yang mempamerkan model-model KIA di Pusat Membeli-belah Time Square, bermula hari ini hingga 31 Mei.

Antara yang dipamerkan adalah model-model baru dipasarkan di negara ini termasuk Optima, Cerato, Sorento, Grand Carnival, Rio dan Sportage.

Sementara itu, di Kompleks Sukan Berakas, uji pandu bagi mana-mana model kereta KIA turut diadakan untuk hari ini sahaja, di mana orang ramai yang membuat uji pandu menerima beg eksklusif KIA secara percuma.

Jelajah KIA 2015 adalah sebahagian daripada projek jerayawara global yang dimulakan oleh Kia Motors Corporation di Korea untuk membolehkan penduduk di rangkaian peniaga meliputi negara-negara di Amerika Syarikat, Eropah, Afrika, Timur Tengah, Asia dan Pasifik untuk melihat dan mencuba sendiri kehebatan kenderaan jenama Kia.

Ia adalah sebahagian daripada komitmen global KIA untuk memperluaskan jangkaan pelanggan melalui inovasi automotif.

pg08_150530_a

Antara pelanggan setia KIA yang membuat uji pandu model Sportage terbaru.
Antara pelanggan setia KIA yang membuat uji pandu model Sportage terbaru.
Jerayawara KIA diadakan di Pusat Membeli-belah Times Square hingga 31 Mei.
Jerayawara KIA diadakan di Pusat Membeli-belah Times Square hingga 31 Mei.

ARTIKEL YANG SAMA