Jerayawara Kia On Tour kembali lagi

Jerayawara Kia On Tour kembali lagi

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Sept – Syarikat Grand Motors Sdn Bhd selaku pengedar eksklusif jenama Kia di Brunei Darussalam sekali lagi mengadakan jerayawara Kia on Tour 2016 yang berlangsung di Pusat Membeli-belah Times Square bermula hari ini hingga 25 September.

Jerayawara selama tiga hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam itu adalah sebagai kempen global Kia, sempena sambutan ulang tahunnya ke-20 dengan mempamerkan pelbagai model terbaru seperti Optima, Cerato, Sportage, Picanto dan Rio yang ada di pasaran negara ini.

Selain itu, Kia turut mengadakan promosinya dengan setiap pembelian kereta jenama Kia bermula 1 September hingga 31 Disember ini, para pelanggan akan layak mengikuti cabutan bertuah tahun depan yang menawarkan hadiah utama berupa sebuah kereta Kia Grand Carnival.

Pada 25 September ini juga, orang ramai adalah dialu-alukan untuk menyertai uji pandu yang diadakan di Kelab Tenis Brunei dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari, dan berpeluang menerima cenderamata eksklusif dari Kia.

Antara barisan model kereta jenama Kia yang dipamerkan di Pusat membeli-belah Times Square sempena Jerayawara Kia On Tour 2016.
Antara barisan model kereta jenama Kia yang dipamerkan di Pusat membeli-belah Times Square sempena Jerayawara Kia On Tour 2016.