Jerayawara MINI di Supa Save Panaga hingga 28 Jun ini

Jerayawara MINI di Supa Save Panaga hingga 28 Jun ini

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 22 Jun – QAF Auto Sdn Bhd selaku pengimport rasmi kereta jenama MINI kini sedang mengadakan Jerayawara Keluarga MINI di Supa Save Panaga, Seria, sehingga 28 Jun ini dengan mengetengahkan model-model baru kereta MINI yang diminati ramai.

Antara model yang dipamerkan sepanjang jerayawara yang dibuka dari pukul 9 pagi hingga 5 petang itu adalah MINI Hatchback yang kini datang dalam model tiga pintu dan lima pintu, serta MNI Countryman yang menampilkan reka bentuk baru.

Salah seorang kakitangan dari Bahagian Jualan dan Pemasaran, Dayang Felda Wong berkata para pengunjung dari Daerah Belait boleh menguji pandu model kereta MINI yang dipamerkan dan mempelawa orang ramai untuk mencuba Go-Kart Hero.

Sepanjang jerayawara itu, barang niaga MINI daripada koleksi MINI Lifestyle juga akan dipamerkan, membolehkan orang ramai untuk mendapatkan pelbagai barangan asli dan berkualiti tinggi, antaranya beg, topi, baju, payung, buku, basikal serta sebuah permainan kereta bagi anak-anak kecil.

Apa yang menarik lagi, pelanggan yang membeli kereta MINI akan mendapat beberapa aksesori khas untuk jenama kereta tersebut.

Kereta MINI lima pintu yang dipamerkan di Supa Save Panaga, Seria.
Kereta MINI lima pintu yang dipamerkan di Supa Save Panaga, Seria.
Pengunjung tidak melepaskan peluang untuk melihat lebih dekat kereta MINI lima pintu semasa jerayawara berkenaan yang akan berlangsung sehingga 28 Jun di Supa Save Panaga, Seri.
Pengunjung tidak melepaskan peluang untuk melihat lebih dekat kereta MINI lima pintu semasa jerayawara berkenaan yang akan berlangsung sehingga 28 Jun di Supa Save Panaga, Seri.