Jerayawara MINI di Supa Save Seria

Jerayawara MINI di Supa Save Seria

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Jun – QAF Auto Sdn Bhd selaku pengimport rasmi MINI di Brunei, memaklumkan bahawa jerayawara Keluarga MINI akan diadakan di Supa Save Seria bermula esok (22 Jun) hingga 28 Jun depan, dengan menampilkan model-model terbaru MINI.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, hari ini, jerayawara yang dibuka dari 9 pagi hingga 5 petang itu akan mempamerkan MINI Hatchback terbaru yang kini datang dalam model tiga pintu dan lima pintu, serta MNI Countryman yang mempunyai reka bentuk baru.

Selain itu, barang niaga MINI daripada koleksi MINI Lifestyle juga akan dipamerkan, membolehkan orang ramai untuk mendapatkan pelbagai barangan asli dan berkualiti tinggi.

QAF Auto dalam kenyataannya menyatakan, acara ini akan menjadi platform baik untuk orang ramai melihat lebih dekat model-model MINI dan juga menguji pandu serta bermain go-kart hero.

Pasukan jualan MINI juga akan berada di sana untuk memberikan maklumat lebih lanjut mengenai semua model-model, kepada mereka yang berminat.

Sepanjang jerayawara tiga hari berkenaan, bilik pameran MINI di Kompleks Membeli-Belah Mabohai akan tetap dibuka kepada orang ramai.