Jerayawara model mewah Porsche di Seria

Jerayawara model mewah Porsche di Seria

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 24 Jun – QAF Eurokars Sdn Bhd selaku pengedar Porsche rasmi di negara ini, telah mengadakan jerayawara model-model Porsche di Supa Save Panaga, Seria bermula 22 hingga 28 Jun, dari 9 pagi hingga 5 petang.

Jerayawara mini selama seminggu itu mempamerkan model-model seperti Porsche Cayman S, Porsche Macan Turbo dan Porsche Cayenne V6 kepada para pengunjung untuk mengetahui dengan lebih dekat model-model mewah berkenaan dengan harga menarik, selain fokus utamanya adalah untuk mendedahkan model-model kereta Porsche kepada orang ramai.

Pengurus Jualan dan Pemasaran Porsche Centre Brunei, Awang Ian Salleh berkata para pengunjung terutamanya dari Daerah Belait juga berpeluang untuk menguji pandu dua buah model Porsche iaitu Porsche Macan dan Porsche Panamera.

Sementara itu, bagi mereka yang ingin mendapatkan cenderamata Porsche daripada koleksi Porsche Drivers Selection juga boleh memperolehinya di jerayawara berkenaan.

Porsche Macan Turbo dan Porsche Cayman S yang dipamerkan di Supa Save Panaga, Seria.
Porsche Macan Turbo dan Porsche Cayman S yang dipamerkan di Supa Save Panaga, Seria.
Kakitangan Porsche Centre Brunei yang sedia membantu para pengunjung di jerayawara berkenaan.
Kakitangan Porsche Centre Brunei yang sedia membantu para pengunjung di jerayawara berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA