Jerayawara pamer Cayenne dan 718 Boxster

Jerayawara pamer Cayenne dan 718 Boxster

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Sept – QAF Eurokars Sdn Bhd selaku pengedar rasmi kenderaan jenama Porsche di Brunei telah mengadakan jerayawara di Supa Save, Mabohai, di mana ia berlangsung selama dua hari, kelmarin dan hari ini.

Jerayawara mini itu mempamerkan model Porsche Cayenne dan Porsche 718 Boxster di mana para pengunjung dapat mengetahui lebih dekat lagi model-model mewah berkenaan.

Eksekutif Pemasaran Porsche Centre Brunei, Shirley Tan berkata, para pengunjung terutamanya yang sedang membeli-belah di Supa Save Mabohai berpeluang untuk menguji pandu dua buah model tersebut jika berminat.

Sementara itu, mereka yang ingin mendapatkan cenderamata Porsche daripada koleksi Porsche Drivers Selection juga boleh memperolehinya semasa jerayawara berkenaan dengan potongan 35 peratus daripada harga asal.

Kehebatan Porsche Cayenne jelas dilihat pada reka bentuk luarannya, terutamanya bahagian depan dan belakang yang kini tampak lebih tegap, aerodinamik, sportif dan bergaya.

Salah seorang pengunjung melihat lebih dekat model 718 Boxster yang dipamerkan.
Salah seorang pengunjung melihat lebih dekat model 718 Boxster yang dipamerkan.
Porsche Cayenne yang turut ditampilkan semasa jerayawara dua hari berkenaan.
Porsche Cayenne yang turut ditampilkan semasa jerayawara dua hari berkenaan.
Pengunjung tidak melepaskan peluang menaiki salah sebuah kereta mewah tersebut.
Pengunjung tidak melepaskan peluang menaiki salah sebuah kereta mewah tersebut.

Antara model Cayenne yang diperkenalkan di negara ini termasuk Cayenne Diesel, Cayenne S, Cayenne Turbo S dan Cayenne V6 yang digabungkan dengan standard gear transmisi Automatik Tiptronic S lapan kelajuan.

Cayenne model terbaru ini turut ditambah lampu siang dengan menampilkan empat lampu sorot LED, yang dipasang sebagai lampu standard di samping lampu utama Porsche Dynamic Light System (PDLS) bagi kegunaan waktu malam.

Manakala itu, Porsche 718 Boxster yang dilancarkan baru-baru ini mengetengahkan pelbagai perubahan termasuk dari segi reka bentuknya yang tampak lebih moden, elegan dan sportif.

Reka bentuk model ini masih mengekalkan konsep asal Porsche Boxster pada tahun 50-an, namun terdapat beberapa perubahan yang membuatkan kereta ini tampak lebih moden mengikut pertukaran zaman.

ARTIKEL YANG SAMA