Jerayawara pengambilan ke-5 PKBN di Tutong Sabtu ini

Jerayawara pengambilan ke-5 PKBN di Tutong Sabtu ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Sept – Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) akan mengadakan jerayawara selama dua hari di Hua Ho Petani Mall, Daerah Tutong untuk memberigakan pengambilan ke-5 PKBN yang akan bermula dari 6 Disember 2015 hingga 14 Mac 2016, di Kem Baru PKBN, Batu Apoi, Temburong.

Jerayawara tersebut akan bermula jam 10 pagi hingga 5 petang pada 12
dan 13 September ini, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), di sini.

Menurut kenyataan itu, bagi pengambilan ke-5 ini, pemohon disarankan supaya segera mendapatkan borang bagi menjalani pemeriksaan kesihatan dan mengembalikannya segera kepada pihak Urus Setia PKBN bagi memberi ruang dan masa kepada pihak pengurusan memproses kemasukan pelatih.

KKBS melalui PKBN berharap lebih ramai belia negara menyahut cabaran ini dan ibu bapa serta penjaga juga diseru agar memberikan semangat kepada anak-anak mereka yang menyertai program ini bagi melahirkan belia yang kuat jati diri, berwawasan, berdisiplin, kental, cergas, dinamik, berdaya saing dan cemerlang.

Untuk maklumat lanjut, awda boleh berhubung terus ke Ibu Pejabat Program Khidmat Bakti Negara Negara Brunei Darussalam di Blok 18, Spg 32-15, Flat Kerajaan, Anggerek Desa, BB3713 atau menghubungi talian 2340033/2340045.

ARTIKEL YANG SAMA