Jerayawara penjagaan telinga 6 Mac ini

Jerayawara penjagaan telinga 6 Mac ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Mac – Bersempena dengan Hari Penjagaan Telinga Antarabangsa, Jabatan Otolaringologi Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) akan mengadakan jerayawara pada 6 Mac ini di ruang legar The Airport Mall dari jam 10 pagi hingga 3:30 petang.

Jerayawara bertema ‘Penjagaan Telinga Dan Pendengaran Untuk Setiap Lapisan Umur’ ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai akan kepentingan penjagaan telinga ke arah pendengaran yang sihat.

Semasa jerayawara itu nanti, orang ramai akan berpeluang untuk menyaksikan pameran kesihatan mengenai penjagaan telinga dan pendengaran di samping mendapatkan khidmat pemeriksaan telinga.

Beberapa aktiviti lain juga akan diadakan untuk disertai oleh kanak-kanak dan orang dewasa seperti peraduan mewarna, melukis, pertandingan kuiz dan permainan ‘treasure hunt’.

Sehubungan itu, orang ramai adalah dialu-alukan untuk mengunjungi dan ikut serta dalam aktiviti-aktiviti jerayawara tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA