Jerayawara PKBN 4 Jun ini di Tutong

Jerayawara PKBN 4 Jun ini di Tutong

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Jun – Bagi memberigakan lagi Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) khususnya kepada penduduk Daerah Tutong, Bahagian Khidmat Bakti Negara (BKBN), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) akan mengadakan jerayawara selama dua hari iaitu pada 4 dan 5 Jun ini di Ruang Legar, Bangunan Hua ho, Petani Mall, Tutong.

KKBS dalam kenyataannya turut memaklumkan bahawa BKBN akan mengadakan ‘Infodesk’ atau Meja Maklumat bagi belia-belia yang ingin menyertai PKBN, yang mana ia juga bertujuan ke arah mendedahkan PKBN secara lebih meluas lagi kepada pelbagai lapisan penduduk di negara ini.

Di samping itu, Sesi Pendaftaran Pengambilan ke-6 juga akan dibukakan di sepanjang jerayawara itu berlangsung yang akan dibukakan dari jam 10 pagi hingga 6 petang.

 

ARTIKEL YANG SAMA