Jerayawara PKBN bermula 29 April ini

Jerayawara PKBN bermula 29 April ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 April – Bahagian Khidmat Bakti Negara (BKBN), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan memaklumkan bahawa Jerayawara Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) khusus bagi penduduk Daerah Brunei dan Muara akan diadakan pada 29 April hingga 1 Mei ini dari jam 10 pagi hingga 8 malam di Ruang Legar, Kompleks Membeli-Belah The Mall, Gadong.

BKBN dalam kenyataannya menyatakan bahawa pihak mereka akan menyediakan meja maklumat bagi belia-belia yang ingin menyertai PKBN, juga bertujuan ke arah mendedahkan PKBN secara lebih meluas lagi kepada pelbagai lapisan penduduk di Negara ini.

Di samping itu, sesi pendaftaran pengambilan ke-6 juga akan dibukakan sepanjang jerayawara itu berlangsung.

ARTIKEL YANG SAMA