Jerayawara pupuk kesedaran penyalahgunaan dadah

Jerayawara pupuk kesedaran penyalahgunaan dadah

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Dis – Bagi memberi kesedaran dan pendidikan kepada orang ramai mengenai penyalahgunaan dadah di negara ini, Biro Kawalan Narkotik (BKN) dengan kerjasama pihak pengurusan The Mall, Gadong mengadakan jerayawara selama lima hari bermula hari ini, di atrium gedung membeli-belah berkenaan.

Bercakap kepada media, Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Pencegahan Dadah BKN, Awang Osmawi bin Haji Osman menjelaskan, tujuan jerayawara ini adalah untuk orang ramai berkongsi maklumat, pengalaman sendiri dan topik yang ingin diketahui orang ramai pada jerayawara seterusnya.

“Kempen seumpama ini juga untuk mengetahui keperluan orang ramai dari segi perkhidmatan termasuk taklimat, pameran, pemeriksaan air kencing, aktiviti pendidikan, sindiket dadah antarabangsa yang boleh didapati melalui online,” ujarnya sambil menambah, dengan adanya jerayawara ini dan melalui maklum balas orang ramai, mereka ingin menyediakan dan mereka bentuk pameran yang lebih efektif.

Menurut BKN, penggunaan dadah yang paling lazim di negara ini ialah jenis Methamphetamine dan marijuana (weed), yang mana kaji selidik menunjukkan bahawa faktor tertinggi yang telah mendorong individu mengambil bahan-bahan tersebut termasuk tekanan sekeliling (rakan sebaya), latar belakang keluarga dan kurangnya mengenai pengetahuan bahaya-pengunaan dadah.

Ahli-ahli BKN bersedia untuk memberi maklumat penting kepada orang ramai. - Gambar oleh Bahyiah Bakir
Ahli-ahli BKN bersedia untuk memberi maklumat penting kepada orang ramai. – Gambar oleh Bahyiah Bakir
Salah seorang pengunjung diberi keterangan mengenai bahayanya penggunaan dadah.
Salah seorang pengunjung diberi keterangan mengenai bahayanya penggunaan dadah.

p04-3_20151209

Risalah-risalah yang diedarkan oleh BKN kepada orang ramai.
Risalah-risalah yang diedarkan oleh BKN kepada orang ramai.
Salah seorang pengunjung ketika berinteraksi bersama pihak penganjur.
Salah seorang pengunjung ketika berinteraksi bersama pihak penganjur.
Salah satu aktiviti yang diadakan semasa jerayawara tersebut.
Salah satu aktiviti yang diadakan semasa jerayawara tersebut.

Menurut Seksyen 6 di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah Penggal 27, (a) disyaki memiliki dadah terkawal, (b) disyaki memakan dadah terkawal (B) (I) (II) disyaki memakan dadah terkawal tanpa dinyatakan tempat, jika sabit kesalahan pertama boleh dijatuhi hukuman maksima 10 tahun penjara dan denda $20,000 atau kedua-duanya sekali.

Di bawah Seksyen 7 Akta Penyalahgunaan Dadah Penggal 27, mereka yang disyaki memiliki alat perkakas untuk kegunaan dadah, jika didapati bersalah, boleh dijatuhi hukuman maksima tiga tahun penjara dan denda $10,000 atau kedua-duanya sekali.

ARTIKEL YANG SAMA