Jerayawara Toyota tampil model-model terbaru

Jerayawara Toyota tampil model-model terbaru

Oleh Lyna Mohamad

Gambar oleh Hardy AJ

 

TEMBURONG, 3 Mei – Dalam mengetengahkan dan memperkenalkan lagi barisan kenderaan jenama Toyota terbaru yang ada di pasaran sekarang, konsultan pemasaran bagi pengedar tempatan Toyota, NBT dari cawangan Gadong telah menganjurkan jerayawara mini sehari ke Daerah Temburong baru-baru ini.

Jerayawara mini yang diadakan di Pekan Bangar itu telah diketuai oleh Pengurus Kanan Jualan NBT Gadong, Hajah Sharifah Marianah, dengan menampilkan beberapa jenama-jenama Toyota terkini termasuk model terbaru tahun ini iaitu Innova dan Fortuner.

Menerusi jerayawara ini, ia diharap dapat memberi peluang kepada penduduk di daerah ini yang tidak berkesempatan untuk mengunjungi Bilik Pameran NBT akan dapat melakukannya semasa jerayawara mini ini dan akan lebih banyak acara seumpamanya dilaksanakan pada masa depan.

Konsultan pemasaran NBT ketika mengadakan jerayawara mini sehari di Daerah Temburong.
Konsultan pemasaran NBT ketika mengadakan jerayawara mini sehari di Daerah Temburong.

ARTIKEL YANG SAMA