Jerebu: 463 sekolah di Kuching, Samarahan ditutup

Jerebu: 463 sekolah di Kuching, Samarahan ditutup

KUCHING, 19 Okt – Sejumlah 463 sekolah rendah dan menengah di Kuching dan Samarahan ditutup hari ini susulan arahan Kementerian Pendidikan semalam setelah Indeks Pencemaran Udara di kawasan berkenaan semakin meningkat.

Jabatan Pendidikan Sarawak dalam satu kenyataan berkata penutupan sekolah di Bahagian Kuching dan Samarahan itu membabitkan 104,525 murid sekolah rendah dan 80,283 pelajar sekolah menengah.

“Sejumlah 265 buah sekolah rendah dan menengah di empat daerah dalam Bahagian Kuching iaitu Daerah Kuching, Bau, Lundu dan Padawan ditutup. Penutupan ini melibatkan 73,007 murid sekolah rendah dan 56,825 pelajar sekolah menengah.

“Manakala 198 buah sekolah rendah dan menengah di tiga daerah dalam Bahagian Samarahan iaitu Daerah Samarahan, Serian dan Simunjan ditutup membabitkan 31,518 murid sekolah rendah dan 23,458 pelajar sekolah menengah,” kata kenyataan itu. – Bernama

Pemandangan berjerebu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dengan bacaan Indeks Pencema-ran Udara (API) paras 97 iaitu sederhana pukul 12 tengah tadi. - Bernama
Pemandangan berjerebu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dengan bacaan Indeks Pencema-ran Udara (API) paras 97 iaitu sederhana pukul 12 tengah tadi. – Bernama