Jerebu: Belum ada perkembangan

Jerebu: Belum ada perkembangan

JAKARTA, 28 Julai (AFP) – Mesyuarat Negara-negara Asia Tenggara pada Selasa untuk membincangkan masalah jerebu yang membelenggu langit rantau itu setiap tahun hanya mencatatkan sedikit kemajuan, ketika jumlah besar kebakaran hutan yang mengakibatkan jerebu semakin meningkat di Indonesia.

Menteri-menteri alam sekitar dari Indonesia, Singapura, Thailand, Brunei dan Singapura akan bermesyuarat di Jakarta bagi membincangkan isu itu.

Jerebu kebanyakan berpunca daripada kebakaran hutan di pulau barat Indonesia, Sumatera yang sengaja dibakar untuk membersihkan tanah bagi perladangan.

Desakan untuk menyelesaikan masalah itu semakin meningkat semenjak 2013 lagi apabila negara-negara Asia Tenggara mengalami krisis jerebu terburuk lebih daripada sedekad, dengan tahap jerebu mencecah rekod tertinggi di Singapura.

Walau bagaimanapun, kerjasama oleh 10 negara-negara Persatuan Negara Asia Tenggara (ASEAN) untuk menyelesaikan masalah itu agak perlahan, dengan seruan Singapura bagi pendekatan sistem pemantauan jerebu serantau, tidak mencatatkan perkembangan besar.

Dalam gambar diambil pada 27 Julai, jerebu menyelubungi bandar Pekanbaru di pulau Sumatera akibat kebakaran hutan. Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia (BMKG) mengesan 148 bintik panas di seluruh Sumatera di tengah-tengah musim panas ketika pihak berkuasa mempersiapkan langkah-langkah mengawal kebakaran hutan. – AFP
Dalam gambar diambil pada 27 Julai, jerebu menyelubungi bandar Pekanbaru di pulau Sumatera akibat kebakaran hutan. Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia (BMKG) mengesan 148 bintik panas di seluruh Sumatera di tengah-tengah musim panas ketika pihak berkuasa mempersiapkan langkah-langkah mengawal kebakaran hutan. – AFP

Sistem yang dicadangkan itu akan menggunakan data satelit dan peta konsesi hutan untuk mengenal pasti firma-firma bertanggungjawab ke atas kebakaran dan menggunakan bukti ini untuk menghukum mereka.

Namun Indonesia dan Malaysia yang juga tempat bagi kebanyakan ladang minyak kelapa sawit, agak keberatan untuk menyediakan peta seumpamanya.

Tiada perkembangan konkrit di mesyuarat dua hari Jakarta, menyebabkan Menteri Alam Sekitar Singapura Vivian Balakrishnan menyesali perkembangan ‘amat perlahan’ itu meskipun banyak mesyuarat diadakan.

“Kos manusia, sosial dan ekonomi akibat jerebu dalam sebahagian negara kami terlalu tinggi dan sudah berlangsung terlalu lama,” katanya memberitahu wartawan.

Singapura sudah meluluskan rang undang-undang membenarkan pihak berkuasa mendenda syarikat-syarikat yang mengakibatkan atau menyumbang kepada jerebu, tidak kira sama ada mereka mempunyai pejabat di negara kota itu. Namun pegawai mengatakan mereka masih memerlukan bukti.

Jumlah kebakaran di Sumatera meningkat mendadak dalam masa beberapa hari kebelakangan, dengan agensi berita kerajaan Antara melaporkan lebih 300 ‘bintik panas’ –sama ada daripada kebakaran hutan atau kawasan yang kemungkinan besar akan terbakar—dikesan di pulau itu pada hujung minggu.

ARTIKEL YANG SAMA