Jerebu di Singapura semakin buruk

Jerebu di Singapura semakin buruk

SINGAPURA, 10 Sept – Jerebu di Singapura mencapai paras tidak sihat pada Khamis, dengan bacaan indeks standard pencemaran (PSI) tiga jam ialah 137 pada 1 tengah hari, paras tertinggi pada tahun ini setakat ini, kata Agensi Alam Sekitar Kebangsaan.

Jerebu yang berlaku berpunca daripada asap dari Sumatera, Indonesia, yang ditiup ke republik ini oleh angin selatan barat daya.

PSI 24 jam ialah antara 101 dan 111. Bacaan PSI 24 jam melebihi 100 menunjukkan kualiti udara tidak sihat.

NEA berkata angin yang bertiup ketika ini diramal datang dari arah selatan atau barat daya dan mungkin terus menyebabkan keadaan berjerebu. – Bernama

Keadaan jerebu di Singapura yang dirakamkan semalam. – AFP
Keadaan jerebu di Singapura yang dirakamkan semalam. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA