Jerebu di tiga negara dijangka berterusan

Jerebu di tiga negara dijangka berterusan

SINGAPURA, 1 Okt (Bernama) – Masalah jerebu yang melanda Indonesia, Malaysia dan Singapura dijangka menjadi bertambah buruk dengan berlaku cuaca kering ekoran fenomena El Nino, kata pakar kaji cuaca antarabangsa Jason Nicholls.

Beliau berkata El Nino akan mengehadkan kehadiran hujan untuk membersihkan atmosfera di samping ia akan meningkatkan kemungkinan berlakunya kebakaran hutan.

“El Nino dijangka sampai waktu puncak sekitar Disember dan Januari sebelum ia menjadi lemah,” katanya kepada Bernama.

Nicholls berkata dengan keadaan yang tidak banyak berubah, jerebu dijangka berterusan sekurang-kurangnya sehingga pertengahan bulan ini.

“Peladang yang suka membakar ladang mereka dan asap yang dihasilkan daripada pembakaran terbuka itu merupakan punca berlakunya jerebu. Untuk mengatasi masalah ini, pembakaran terbuka perlu dilarang,” katanya.

Mengenai pembenihan awan, beliau berkata ia hanya mempunyai kesan minimum kerana tidak semestinya ia menghasilkan hujan setip kali dilakukan untuk membantu menghapuskan jerebu.

ARTIKEL YANG SAMA