Jerebu: Indonesia buat yang terbaik

Jerebu: Indonesia buat yang terbaik

JAKARTA, 6 Okt (AFP) – Ketua bencana Indonesia hari ini menolak kritikan yang negaranya belum cukup bertindak untuk menangani krisis jerebu, mengatakan setiap sumber telah dikerahkan untuk menangani kebakaran hutan yang menyelubungi Asia Tenggara.

Indonesia berada dalam tekanan memuncak dari negara-negara jirannya beberapa minggu kebelakangan ketika asap tebal akibat kebakaran di Sumatera dan sebahagian Borneo, Indonesia telah menyebabkan paras pencemaran yang teruk di Malaysia dan Singapura, yang mengakibatkan sekolah-sekolah ditutup dan acara-acara luar dibatalkan.

Kebakaran hutan sering berlaku setiap tahun semasa musim kering untuk melapangkan tanah bagi penanaman. Namun sistem cuaca El Nino telah menjadikan keadaan menjadi kering, dengan jerebu tahun ini menjadi yang paling teruk dicatatkan.

Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak telah menggesa Indonesia untuk mengambil tindakan, mengatakan hanya Jakarta mempunyai kuasa untuk menyiasat punca kebakaran dan menyabit bersalah mereka bertanggungjawab.

Namun Indonesia telah menolak usulan itu yang ia belum cukup bertindak, dengan ketua agensi bencana negara mengatakan semua kemungkinan sumber telah digunakan.

“Kami telah melakukan yang terbaik kami boleh,” Willem Rampangilei memberitahu para wartawan.

“Ia adalah difahami jika negara lain kecewa, namun kami warga Indonesia lagi susah hati.”

Pencemaran di Singapura dan Malaysia telah meningkat ke tahap bahaya sejak letusan jerebu bermula bulan lalu, sementara parasnya lebih lima kali ganda yang mana had itu telah dicatatkan di sebahagian kepulauan Borneo, Indonesia.

Kepulauan Borneo dikongsi bersama antara Indonesia, Malaysia dan Brunei.

Sekolah-sekolah di beberapa bahagian Malaysia masih lagi ditutup buat hari kedua berturut-turut hari ini, yang diumumkan pada hujung minggu ketika tahap pencemaran semakin meningkat.

Pembacaan kualiti udara didapati tidak sihat di sepanjang pantai barat negara itu berhadapan Sumatera.