Jerebu Indonesia memburuk

Jerebu Indonesia memburuk

JAKARTA, 28 Ogos – Jerebu yang semakin memburuk dari kebakaran hutan dan rumput menyebabkan sekolah tadika dan rendah ditutup di sebuah bandar pulau Sumatera di Indonesia hari ini, seorang pegawai berkata.

“Jerebu di bandar Jambi telah menjadi ancaman kepada kesihatan,” kata Muhammad Suaidi, ketua pengurusan agensi bencana wilayah.

Kerajaan setempat sedang mempertimbangkan untuk melancarkan beberapa pesawat untuk memadamkan api, katanya.

“Anggota bomba yang berada di darat telah diatasi oleh penyebaran apai itu,” katanya.

Asap tebal telah menyelubungi sebahagian kawasan Sumatera dan beberapa kawasan Indonesia di Borneo pada hari-hari kebelakangan disebabkan kemarau panjang yang diperhebat lagi oleh corak cuaca El Nino, menurut pegawai itu lagi.

Keadaan sekitar lapangan terbang di Palembang yang diselubungi jerebu tebal. – Reuters
Keadaan sekitar lapangan terbang di Palembang yang diselubungi jerebu tebal. – Reuters

Aktiviti pembakaran terbuka untuk membersihkan kawasan tanah adalah dilarang tetapi merupakan sesuatu yang biasa dilakukan di Indonesia.

Kerajaan India telah memberi amaran bahawa El Nino akan mengakibatkan musim kemarau yang panjang dan banyak lagi kebakaran hutan.

Kementerian Pertanian telah menjangka bahawa El Nino boleh merosakkan 200,000 hektar ladang padi, atau kira-kira satu ke dua juta tan beras.

Presiden Joko Widodo memberi amaran tindakan undang-undang akan dijalankan terhadap sesiapa yang memulakan pembakaran untuk membersihkan kawasan ladang.

Kemarau itu telah melanda sebahagian kawasan di Indonesia termasuk Jawa, Sulawesi Selatan, Bali dan Timor Barat, mengakibatkan kekurangan air bersih.

Para pakar berkata El-Nino dijangka akan berterusan hingga Oktober. – dpa