Jerebu Indonesia merebak ke Filipina

Jerebu Indonesia merebak ke Filipina

MANILA, 23 Okt (AFP) – Jerebu daripada kebakaran hutan Indonesia telah merebak ke selatan dan tengah Filipina, sekaligus menjejaskan lalu lintas udara dan mendorong amaran dikeluarkan kepada penduduk meminta mereka memakai topeng muka, kata pihak berkuasa hari ini.

Pulau selatan Filipina Mindanao terletak lebih 1,200 kilometer dari kebakaran terdekat tetapi jerebu telah menjadi masalah yang semakin teruk sejak seminggu lalu, kata pihak berkuasa penerbangan.

Ia merebak ke pulau Cebu dan Negros tengah negara itu hari ini, mengganggu trafik udara, kata jurucakap Penguat kuasa Penerbangan Awam, Eric Apolonio.

Lapan penerbangan domestik telahpun dibatalkan dan berpuluh ditangguhkan di 10 lapangan terbang di Mindanao sejak 16 Oktober, menjejaskan beribu-ribu penumpang, kata jurucakap Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Filipina Eric Apolonio.

Apolonio berkata, dalam beberapa kejadian, juruterbang tidak dapat melihat landasan kapal terbang ketika mereka mendarat.

Seorang wanita mengambil gambar jerebu tebal dari sebuah bangunan, yang mana jerebu berkenaan dipercayai akibat kebakaran hutan Indonesia yang merebak dan menyelubungi bandar Davao, selatan pulau Mindanao. – AFP
Seorang wanita mengambil gambar jerebu tebal dari sebuah bangunan, yang mana jerebu berkenaan dipercayai akibat kebakaran hutan Indonesia yang merebak dan menyelubungi bandar Davao, selatan pulau Mindanao. – AFP

“Jika anda tidak dapat melihat landasan, ia adalah amat merbahaya. Anda tidak boleh bergantung pada peralatan,” beritahunya kepada AFP.

Jerebu tebal menyaputi Davao, bandar terbesar Mindanao dengan 1.5 juta penduduk, pada tengah hari ini.

Lapangan terbang, yang turut terjejas menurut Apolonio, mengendali 48 penerbangan sehari.

Dengan jarak penglihatan merosot kepada 1.2 kilometer ada kalanya pada siang hari, pesawat udara dipaksa berligar dan menunggu di atas landasan kapal terbang selama satu jam, menurut Apolonio. Juruterbang biasanya boleh melihat sehingga 10 kilometer, tambah beliau.

Apolonio berkata penangguhan penerbangan juga menjejas lapangan terbang Manila, dengan beberapa penerbangan menuju ke Mindanao ditangguh.

Disebabkan lapangan terbang Manila beroperasi pada kapasiti penuh sebanyak 40 pendaratan dan pelepasan setiap jam, mana-mana penangguhan yang membabitkan penerbangan Mindanao juga menjejas barisan pesawat udara untuk hari tersebut, tambah beliau.

ARTIKEL YANG SAMA