Jerebu: Indonesia pertimbangkan kecemasan darurat

Jerebu: Indonesia pertimbangkan kecemasan darurat

JAKARTA, 27 Okt (Reuters) – Indonesia sedang mempertimbangkan untuk mengumumkan kecemasan darurat berhubung kebakaran yang membara di seluruh kepulauan selama berminggu-minggu, mengakibatkan jerebu hampir ke seluruh Asia Tenggara, menurut naib presiden hari ini.

Kerajaan akan mempergiatkan usaha untuk menangani kebakaran yang telah menyebabkan paras pencemaran di seluruh rantau itu yang meningkat ke paras tidak sihat, dan memaksa penutupan sekolah-sekolah dan pembatalan penerbangan, kata Naib Presiden, Jusuf Kalla.

“Masalah itu terlalu besar,” kata Kalla dalam temu bual di pejabatnya di Jakarta.

“Kami kini sedang mempertimbangkannya,” katanya, merujuk kepada pengumuman kecemasan darurat, menambah bahawa ribuan tentera akan dikerahkan untuk membantu menangani kebakaran.

Presiden Joko Widodo dijangka akan membuat keputusan ke atas kecemasan darurat itu selepas kembali dari Amerika Syarikat (AS), kata Kalla.

Komen Kalla muncul sehari selepas Widodo mengumumkan dia akan memendekkan lawatan rasmi pertamanya ke AS untuk terbang terus ke kawasan yang terjejas akibat jerebu.

“Beliau akan lebih menumpukan pada masalah domestik,” kata Kalla mengenai keputusan presiden untuk membatalkan lawatannya ke Silicon Valley, tempat beliau dijangka akan membincangkan perjanjian pelaburan dengan eksekutif Apple dan Google.

ARTIKEL YANG SAMA