Jerebu jejaskan hubungan Singapura-Indonesia

Jerebu jejaskan hubungan Singapura-Indonesia

SINGAPURA, 25 Sept (AFP) – Singapura membidas kenyataan ‘mengejutkan’ daripada para pegawai Indonesia berhubung krisis jerebu ketika ia menutup kesemua sekolah dan mengagihkan penutup muka perlindungan hari ini dalam langkah kecemasan selepas indeks pencemaran udara meningkat kepada tahap berbahaya.

Negara kota itu telah diselubungi asbut yang terbang masuk dari pulau Sumatera selama kira-kira tiga minggu, episod paling teruk sejak pertengahan 2013 dalam krisis yang melanda rantau itu hampir setiap tahun ketika musim pembakaran.

Penutupan sekolah rendah dan menengah dan juga tadika kerajaan disebabkan masalah jerebu adalah buat pertama kalinya, lapor surat khabar harian Straits Times ketika indeks kualiti udara melonjak melebihi 300, peringkat yang dianggap ‘berbahaya’ ketika indeks pencemaran meningkat, dan begitu juga kemarahan, dengan Menteri Luar Singapura K Shanmugam bersuara menentang beberapa tokoh-tokoh Indonesia yang menganggap ringan masalah ini yang telah lama menjejaskan hubungan di kalangan negara-negara yang terjejas termasuklah Malaysia.

Sementara Jakarta berkata ia sedang mengambil langkah untuk menangani masalah ini, ‘pada waktu yang sama’ kami mendengar beberapa kenyataan mengejutkan yang dibuat di peringkat kanan di Indonesia dengan sepenuhnya tidak mengendahkan rakyat kami atau rakyat mereka sendiri,” menteri itu berkata di halaman Facebook lewat semalam.