Jerebu: Najib gesa Indonesia bertindak

Jerebu: Najib gesa Indonesia bertindak

KUALA LUMPUR, 5 Okt (AFP) – Perdana Menteri Malaysia telah menggesa kerajaan Indonesia perlu mengambil tindakan ke atas pihak yang menjadi dalang kebakaran yang menyebabkan jerebu selama berminggu-minggu di Asia Tenggara, ketika Malaysia terpaksa menutup semula sekolah-sekolah hari ini berhubung kebimbangan kesihatan.

Krisis alam sekitar serantau mengakibatkan penerbangan dan acara-acara besar terpaksa dibatalkan dan memaksa berpuluh ribu orang di Indonesia, Malaysia dan Singapura untuk mendapatkan rawatan bagi masalah pernafasan.

“Mereka (syarikat-syarikat penanaman) beroperasi di sana, kami mahu Indonesia mengambil tindakan,” kata Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak dipetik sebagai berkata oleh agensi berita Bernama lewat kelmarin.

“Hanya Indonesia sahaja boleh mengumpulkan bukti dan menyabit bersalah syarikat-syarikat yang berkenaan.”

Kebakaran hutan sering berlaku setiap tahun semasa musim kering yang dipercayai dilakukan sengaja untuk membersihkan tanah bagi penanaman semula di pulau Sumatera, Indonesia dan sebahagian pulau Borneo, Indonesia.

Gambar yang diambil pada 2 Oktober menunjukkan para sukarelawan cuba untuk memadam kebakaran yang merebak di kawasan kediaman di Barito Kuala, wilayah Selatan Kalimantan di pulau Borneo. – AFP
Gambar yang diambil pada 2 Oktober menunjukkan para sukarelawan cuba untuk memadam kebakaran yang merebak di kawasan kediaman di Barito Kuala, wilayah Selatan Kalimantan di pulau Borneo. – AFP

Kumpulan alam sekitar dan pengguna Singapura menggesa hari ini bagi boikot komersial ke atas syarikat-syarikat yang ‘tidak bertanggungjawab’ menyumbang kepada pencemaran udara serantau menerusi kebakaran.

Majlis Alam Sekitar Singapura dan Persatuan Pengguna Singapura (CASE) bukan kerajaan mengeluarkan 10 senarai syarikat pembuatan kertas.

Sepuluh buah syarikat itu telah mengumumkan bahawa mereka tidak akan membeli atau menggunakan sebarang material dari pengeluar Indonesia yang berdepan tindakan undang-undang oleh Singapura.

Lima firma beroperasi di Sumatera, termasuk syarikat gergasi global, Asia Pulp dan Paper, telah menerima notis perundangan dari Singapura yang boleh mengakibatkan denda besar.