Jerebu tebal melanda, Beijing tubuh polis alam sekitar baru

Jerebu tebal melanda, Beijing tubuh polis alam sekitar baru

BEIJING – Para pegawai di Beijing telah mengumumkan bagi skuad polis alam sekitar yang baru untuk membasmi pembakaran haram, usaha terkini kerajaan itu dalam menangani kemarahan orang ramai terhadap masalah jerebu yang berterusan di China.

Datuk Bandar di Beijing, Cai Qi, berkata pada mesyuarat Sabtu bahawa penguatkuasaan dapat disasarkan kepada aktiviti barbeku terbuka, pembakaran sampah dan kayu serta biomas lainnya, menurut Agensi Berita Xinhua.

Cai mengumumkan beberapa langkah-langkah lain diperkenalkan pada mesyuarat itu, termasuk sasaran pemotongan penggunaan arang batu sebanyak 30 peratus pada tahun 2017 dan menutup 500 buah kilang-kilang yang menyumbang kepada pencemaran yang tertinggi dan menaik taraf 2,500 buah yang lainnya.

Kira-kira 300,000 buah kenderaan yang juga menyumbang kepada pencemaran yang tinggi akan dihadkan daripada memasuki bandar itu yang bermula pada bulan depan, katanya.

Beijing dan berpuluh-puluh bandar di China telah menghabiskan kebanyakan musim sejuk di bawah jerebu yang tebal, jerebu kelabu, dengan tahap pencemaran udara harian yang melebihi garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Warga China memakai topeng untuk menapis pencemaran di sebuah jambatan berhampiran bangunan yang diselubungi jerebu dan pencemaran di Beijing. - AP
Warga China memakai topeng untuk menapis pencemaran di sebuah jambatan berhampiran bangunan yang diselubungi jerebu dan pencemaran di Beijing. – AP
Penduduk memakai topeng untuk menangkis penjemaran di Beijing. – AP
Penduduk memakai topeng untuk menangkis penjemaran di Beijing. – AP

Beijing berada di bawah ‘amaran oren’ minggu lepas, tahap kedua tertinggi dalam sistem amaran udara empat peringkat China. Lebih daripada 20 bandar berada pada tahap tertinggi iaitu ‘amaran merah’.

Jerebu adalah isu yang serius yang dihadapi di bandar-bandar China, di mana ‘amaran merah’ boleh membawa kepada penutupan sekolah-sekolah dan perniagaan, pembatalan penerbangan, penutupan lebuh raya, pengurangan penggunaan kereta di jalan raya. Semasa amaran merah di Beijing bulan lalu, pihak berkuasa telah mengharamkan kru pembinaan dari melakukan semburan cat dan juga merampas gril arang dari beberapa restoran.

Namun penguatkuasaan masih menjadi isu. Kementerian alam sekitar China berkata semasa amaran merah minggu lalu bahawa pasukan pemeriksaannya mendapati sebahagian syarikat-syarikat masih meneruskan pengeluaran mereka walaupun sudah mengetehui atas larangan kerajaan.

Seorang wanita memakai topeng semasa beliau berjalan lalu melepasi tapak pembinaan dimana jerebu tebal terus melemaskan Beijing. – AP
Seorang wanita memakai topeng semasa beliau berjalan lalu melepasi tapak pembinaan dimana jerebu tebal terus melemaskan Beijing. – AP
Sebuah papan iklan LED terlihat berada di atas bahagian bangunan yang diselubungi jerebu tebal di Beijing. – AFP
Sebuah papan iklan LED terlihat berada di atas bahagian bangunan yang diselubungi jerebu tebal di Beijing. – AFP

Banyak kilang-kilang masih berada di bawah tekanan yang berat bagi memenuhi sasaran pengeluaran mereka disamping mengambil kira pencemaran udara.

Cai pada Sabtu menyalahkan aktiviti pencemaran seperti membakar sampah atau kayu yang memperilihatkan kepada “hasil pengawasan yang longgar dan penguatkuasaan undang-undang yang lemah.”

Tetapi punca pencemaran di China adalah disebabkan oleh pembakaran arang batu dari beribu-ribu kilang dan juga daripada kenderaan yang sudah lama, tidak cekap bahan api .

Walaupun ia cuba untuk menjawab seruan orang awam kuat melantang mengenai pencemaran, kerajaan Komunis China juga bergelut dengan kelembapan ekonomi dan cabaran untuk mengekalkan pertumbuhan.

China juga pengeluar dan pengguna arang batu terbesar di dunia, dan langkah-langkah seperti menghentikan pengeluaran industri perkilangan dalam beberapa hari atau menutup lombong arang batu telah menghadapi risiko dalam memacu harga tenaga dan melambatkan lagi sektor perekonomiannya. – AP